Video Wartawan Terlampau Di India Dipecat Majikan

Video Wartawan Terlampau Di India Dipecat Majikan



Memang terlampau perbuatan wartawan ini. Seorang wartawan dipecat kerana membuat liputan bencana sambil duduk di atas bahu seorang mangsa banjir di sini, India, lapor sebuah akhbar.




Majikannya, News Express menyifatkan wartawan tersebut sebagai tidak berperikemanusiaan di samping melanggar etika syarikat.

Wartawan tersebut, Narayan Pargaien membuat laporan di sini yang merupakan kawasan paling teruk dilanda banjir dengan duduk ke atas bahu seorang mangsa banjir.

"Anda tidak boleh memanjat ke atas bahu seseorang untuk membuat laporan berita," kata Rangkaian Televisyen News Express, Nishant Chaturvedi.

"Kami telah memecat Narayan pada Selasa lalu," tambahnya.

Walaupun News Express tidak pernah menyiarkan liputan tersebut rakaman itu telah dibocorkan di internet dan ditonton oleh lebih 2,000 pengguna di laman web YouTube.

Saksikan Video ini:




-silakan SHARE utk manfaat bersama-



Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Video Wartawan Terlampau Di India Dipecat Majikan"

Post a Comment