'Kau Rodok Jer Perut Anak Kau, Nanti Diamlah Dia'


"Isteri dengan anak kau tak ikut ke Man?" tanya Brad. 

"Dia letih, tadi OT. Dia tak bagi aku bawa anak aku," jelas aku.

Brad dari tadi sudah beberapa kali aku melihat dia menengking anaknya. Dan aku masih memilih untuk mendiamkan diri.

"Payahlah. Anak aku ini degillah. Hishhh! Geram aku!" ujar Brad seakan-akan mahu mencuci otak aku.

"Payah? Elok saja aku tengok. Dah kau nak dia macam mana? Takkan diam saja? Dia bukan anak ayam bro. Anak ayam pun tak duduk diam," jelas aku sambil menikmati lamb chop yang enak sekali.

"Anak kau kecil lagi, bolehlah kau cakap macam tu. Tunggu dia dah besar sikit," balas Brad.

"Anak kau besar sangat ke? Beza dua tahun saja pun dengan anak aku Brad. Alasan kau saja tu," ujarku malas nak memanjangkan perbincangan. 

Tiba-tiba anak Brad tanpa sengaja menumpahkan air di atas meja. Brad kelihatan berang, dipegangnya tangan anak kecil itu sambil ditengking dan dicubit beberapa kali. 

Aku yang menyaksikan kejadian itu mula hilang sabar.

"Brad, nah pisau!" ujarku sambil menghulurkan pisau pemotong daging lamb chop aku. 

"Kau kenapa tiba-tiba bagi aku pisau?" soalnya kehairanan. 

"Kau rodok saja perut anak kau tu, nanti dia diamlah," kataku sambil minum air.

"Erk?! Ishh! Tak adalah sampai begitu Man," katanya.

"Bro, anak ini kalau kau tengok balik, kau akan nampak diri kau. Diorang bukan nakal tetapi diorang cerdik dari kau. Jadi kau kenalah lebih cerdik. Bila kau kalah, kau guna kuasa veto, kau marah. Mana aci kalau begitu? Didik dan tarbiyyah, bukan marah. Nak ada anak tapi tak nak memahami anak. Kau suka tak kalau isteri kau tak faham kau?" ujarku panjang lebar.

"Mestilah tak suka," jawabnya ringkas.

"Haa tahu pun. Kau kenalah memahami anak kau. Kau ingat marah itu boleh menyelesaikan masalah? Bila kau buat salah dan doas, ada tak Tuhan hantar petir kat kau?" tanyaku lagi. - Abu Hannah


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "'Kau Rodok Jer Perut Anak Kau, Nanti Diamlah Dia'"

Post a Comment