Akibat Kejatuhan Harga Minyak Negara Kehilangan RM40 Bilion



KUALA LUMPUR - Pendapatan negara diramalkan berkurangan sebanyak RM42 bilion bagi tahun 2016 ekoran kejatuhan harga minyak dunia ke paras AS$30 (RM132.7) setong.

Penganalisis Ekonomi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Dr. Baayah Baba berkata, ekoran daripada kejatuhan harga minyak dunia menyebabkan syarikat Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) tidak berupaya untuk memberi pendapatan yang maksimum. "Petronas sebelum ini menyumbangkan pendapatan kepada negara sebanyak RM70 bilion setahun, namun ia diramalkan berkurangan kepada RM26 bilion penda­patan pada tahun ini.

"Keadaan ini dilihat bakal memberi impak kepada perkembangan ekonomi negara namun kesannya tidak terlalu dramatik berikutan pendapatan yang diterima negara menerusi hasil Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang diperkenalkan," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Sementara itu, Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Moham­mad Noorizzuddin Nooh menjelaskan, penurunan harga minyak mentah dunia membolehkan pengguna menikmati kadar harga minyak yang lebih murah dan menjimatkan.

"Apa yang membimbangkan sekarang adalah sikap peniaga yang masih mengekalkan harga yang sama walaupun harga minyak telah turun dan ini menyebabkan kos sara hidup meningkat," ujarnya.


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Akibat Kejatuhan Harga Minyak Negara Kehilangan RM40 Bilion"

Post a Comment