KETAHUI 9 JENIS SELFIE IBU MUDA DILARANG BUAT SELAIN BREASTFEED SELFIE

KETAHUI 9 JENIS SELFIE IBU MUDA DILARANG BUAT SELAIN BREASTFEED SELFIE


Dua tiga hari ini heboh satu negara dengan cerita selfie ibu muda yang menyusukan anak. Ramai maklum tentang respon seorang ustaz tentang perkara ini. Walau pun menutup aurat tapi hukumnya haram kerana penampilannya menarik perhatian lelaki.


Tapi selain selfie menyusu ada lagi beberapa jenis selfie yang tidak patut dilakukan oleh ibu muda namun selalu saja dibuat.

Sebagai wanita yang dah matang, anda boleh fikir sendiri jenis selfie seperti disenaraikan ini tidak selaras batas agama, boleh mencetus rasa riak, hasad malah menjejaskan keselamatan sendiri.


1. Selfie dengan pakaian tak sopan atau mendedah aurat

Lainlah kalau selfie ini hanya untuk tatapan suami.


2. Berdua bersama lelaki bukan mahram


Walaupun suami izinkan tapi fikirkan juga perasaan dan maruah suami. Ia juga boleh undang fitnah, orang lain bukan tahu pun suami anda izinkan.


3. Foto selfie intim atau bermesra dengan pasangan


Apatah lagi kalau dalam bilik tidur. Orang tua pesan cerita dalam kamar jangan dikongsi. Tak perlu tunjuk satu dunia anda pasangan romantis. Cukup anda dan pasangan saja tahu.


4. Selfie bersama hadiah mahal yang diterima


Sebagai contoh gelang emas, wang yang banyak atau bersama barangan atau harta bernilai. Bukan saja boleh menimbulkan perasaan riak dalam diri, hasad pada yang melihatnya tapi anda juga mungkin jadi sasaran penjenayah kerana gambar ini.


5. Selfie bersama bayi baru lahir


Dikatakan bila kita share foto bayi yang baru lahir (0 hingga 40 hari) dikhuatiri bayi akan terkesan dengan gangguan Ain (sihir tanpa jin atau mata jahat).


6. Selfie yang mendedahkan maklumat peribadi


Tempat sekolah anak, nombor plat kereta apatah lagi kereta mewah. Hati dan niat orang kita tak tahu, ia mungkin menjejaskan keselamatan diri malah keluarga.


7. Selfie waktu ziarah kubur


Termasuk ketika Aidilfitri dan ia pernah jadi isu satu ketika dulu. Menurut ahli agama ia boleh dikategorikan haram jika dilakukan dengan niat untuk berseronok.


8. Selfie waktu makan tempat mewah


Tak kira dengan famili atau dengan rakan-rakan. Boleh mencetuskan rasa riak dan hasad pada yang melihatnya.


9. Pose seksi, jelir lidah, jilat bibir


Dah berkahwin dan dah ada anak, please jangan selfie ala remaja ini kecualilah gambar ini untuk tontonan suami anda saja. Ini juga termasuk dalam selfie menarik perhatian lelaki.




Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "KETAHUI 9 JENIS SELFIE IBU MUDA DILARANG BUAT SELAIN BREASTFEED SELFIE"

Post a Comment