Harga Petrol Lebih Murah Dari Air Mineral



United King­dom — Ekonomi global diselubungi suasana panik dan cemas apabila harga minyak terus meru- dum di bawah paras AS$30 (RM132.7) setong semalam menyebabkan pasaran saham dunia menjunam untuk tiga minggu berturut-turut.

Saham di Eropah jatuh lebih daripada satu peratus, menuju kembali kepada pa­ras terendah untuk tempoh 13 bulan kelmarin, manakala saham Asia merosot ke paras terendah dalam tempoh tiga tahun setengah.

Harga minyak Brent yang menjadi rujukan pasaran Asia dan Eropah mula menjunam pada Rabu lalu mencecah pa­ras terendah dalam tempoh 12 tahun sekitar AS$29.73 (RM130.6) setong. Ia paras terendah sejak Februari 2004.

Selepas menunjukkan sedikit peningkatan kelma­rin, lambakan bekalan minyak menyebabkan harga minyak kembali merosot.

Setakat petang semalam, minyak mentah jatuh tiga peratus kepada AS$29.86 (RM132.1) menuju kerugian mingguan lebih 10 peratus.

Satu tong minyak mempunyai kira-kira 158 liter, yang bermakna satu liter bahan api mentah itu kini berharga 83 sen seliter.

Ini bermakna harga minyak kini dijual semurah air apa­bila purata harga satu liter air mineral antara RM1 hingga RM1.50.

Lebih setahun lalu harga minyak berada pada paras AS$100 (RM441.65) setong.

Kejatuhan harga minyak telah menghantui pasaran ke- wangan kerana pelabur terus bimbang mengenai kedudukan ekonomi global, dengan kelembapan di China dan turun naik harga minyak, ia dilihat permulaan tahun yang sangat goyah.

"Ia adalah satu lagi minggu yang amat tidak menentu," kata Ketua Bahagian Ekono­mi di syarikat perunding kewangan Investec di London, Philip Shaw.

Bank pusat Britain, Bank of England menyatakan, pihaknya menjangkakan kadar inflasi meningkat berikutan penurunan harga minyak di pasaran global.

Pelabur-pelabur dalam sektor minyak juga bertindak menarik balik modal dan pelaburan mereka berikutan suasanan pasaran minyak yang suram.

Kelembapan ekonomi secara berterusan itu turut me­nyebabkan berpuluh-puluh ribu orang hilang pekerjaan, ratusan syarikat memfail- kan perisytiharan muflis dan mencemaskan pasaran ke- wang in global.
Kesan negatif itu dirasai

di negeri-negeri yang kaya dengan sumber minyak di Amerika Syarikat (AS) seperti Texas, Oklahoma dan Dakota Utara.

"Tiba masanya untuk meng- hantar isyarat kecemasan sebelum terlambat. Walau- pun kita (pengguna) ketawa kerana harga minyak rendah, kita mungkin terpaksa bergantung kepada import minyak pada masa hadapan sekiranya industri minyak tempatan tidak dibantu," kata John Kilduff yang merupakan antara pengasas dana lindung nilai, Again Capital.

Selain itu, harga minyak yang lemah turut mele- nyapkan pendapatan negara pengeluar minyak seperti Arab Saudi, Rusia dan Ve­nezuela.

Pada 30 Disember lalu Kosmo! melaporkan, Arab Saudi membuat pengumuman mengejutkan apabila mengakui ia mengalami defisit bajet terbesar dalam sejarahnya mencecah AS$98 bilion (RM421 bilion) pada tahun 2015.


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Harga Petrol Lebih Murah Dari Air Mineral"

Post a Comment