63 Pendatang Gagal Diseludup



Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua menggagalkan cubaan sebuah bot laju dengan kapasiti 600 kuasa kuda membawa keluar 63 pendatang tanpa izin dari negara ini secara haram di perairan Pulau Ku- kup, dekat sini semalam.

Kejar hampir 30 minit

Dalam kejadian jam 12.15 tengah malam itu, tiga bot ronda PPM memintas bot laju berkenaan pada kedudukan 3.2 batu nautika barat perairan selepas dikejar hampir 30 minit.

Timbalan Komander PPM Wilayah Dua, Superintendan Salehuddin Mat Zaman, berkata pemeriksaan PPM mene- mui 69 warga Indonesia di atas bot berkenaan, termasuk seorang tekong dan lima pembantu berusia antara 18 hing- ga 53 tahun.

"PPM Wilayah Dua mendapati bot berkenaan cuba menyusup keluar 63 pendatang tanpa izin warga Indonesia da­ri negara ini menerusi laluan haram.
"Mereka ditahan bagi membantu siasatan.

"Bot laju terbabit bersama tiga enjin setiap satu berka- pasiti 200 kuasa kuda dianggar bernilai RMl70,000 turut dirampas untuk siasatan," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Salehuddin berkata, tekong bot bersama lima pembantunya ditahan mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan Akta Imigresen 1959/63.

Katanya, 63 PATI itu ditahan mengikut Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/63 kerana cu­ba keluar sempadan negara menerusi laluan tidak sah.


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "63 Pendatang Gagal Diseludup"

Post a Comment