Sam Mahu 24 Jam Depan Matanya



KUALA LUMPUR, 7 Feb — Pelakon Syatilla Melvin tidak berasa kesal jika bakal suami tidak merestui penglibatannya dalam bidang lakonan selepas mendirikan rumah tangga.

Syatilla, 25, percaya pelakon Shaheizy Sam lebih arif dalam menentukan hala tuju perkahwinan mereka walaupun namanya kini sudah mula dikenali ramai.

“Tidak dinafikan kerjaya saya baru saja hendak melonjak rentetan populariti drama rantaian siaran Astro. Kalau diikutkan, memang sayang untuk melepaskan peluang yang datang.

“Lagi pun, Sam kalau boleh mahu saya 24 jam berada depan matanya. Jika saya sibuk berlakon, bila masa kami hendak berjumpa?

“Jadi keputusan untuk meninggalkan bidang lakonan mungkin jalan terbaik. Mungkin selepas ini saya boleh menceburi bidang perniagaan,” katanya seperti dilaporkan akhbar Berita Harian hari ini.

Sam, 34, dan Syatilla akan mengakhiri zaman bujang mereka esok selepas enam tahun menjalinkan persahabatan.

Syatilla berkata meskipun sudah ada tawaran berlakon selepas mendirikan rumah tangga, namun semuanya bergantung kepada keizinan suaminya, pelakon utama filem Polis Evo.


Katanya, Sam menyarankan agar perhatian diberikan sepenuhnya kepada rumah tangga dan perkara itu tidak pernah disesalinya.

“Saya tidak mahu sesuka hati menerima tawaran berlakon kerana sebelum ini Sam pernah beritahu, kalau boleh dia tidak mahu saya berlakon lagi,” dia dilaporkan berkata.

Sementara itu, Sam dilaporkan berkata tidak akan berjauhan dengan ibunya meskipun selepas mendirikan rumah tangga.

Katanya, mungkin ibunya akan tinggal bersama selepas berkahwin atau tinggal di rumah sebelah menyebelah.

“Saya yakin Tilla tiada masalah dengan keputusan itu. Malah, saya percaya kerana sikap Tilla yang memahami itulah menyebabkan kami ditakdirkan berdua.

“Barangkali kerana itulah saya lambat berkahwin. Mungkin wanita yang pernah akrab dengan saya sebelum ini tidak reda dengan pendirian saya untuk sentiasa dekat dengan mummy,” katanya kepada akhbar itu.


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Sam Mahu 24 Jam Depan Matanya"

Post a Comment