Kes Fitnah MB Kedah Ke SKMM


Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, meminta pihak tidak bertanggungjawab berhenti menyebarkan fitnah yang mendakwa kumpulan penyokongnya menerima sogokan bagi membuat kenyataan hilang keperca- yaan terhadap Datuk Seri Mukhriz Mahathir ketika krisis politik Kedah, baru-baru ini.

Beliau berkata, pihak terbabit menuduh pelantikannya sebagai Menteri Besar baharu beijaya dilakukan selepas pucuk pimpinan menyogok semua ketua bahagian dan ketua pergerakan parti negeri.

Katanya, kenyataan itu cuba menjatuhkan maruahnya serta mempertikaikan kariernya seba­gai Menteri Besar.
Buat laporan polis

"Kenyataan itu hanya cakap-cakap orang yang diviralkan. Orang berkenaan sudah pun membuat laporan polis.
"Saya pun tiada duit sebanyak itu mahu diberikan kepada mereka (ketua bahagian dan ketua pergerakan negeri), tapi setakat nak ajak minum kopi atau belanja makan itu boleh," katanya.

Beliau mengadakan sidang me­dia selepas memulakan tugas hari pertama sebagai Menteri Besar di Pejabat Menteri Besar di Wisma Darul Aman di sini, semalam.

Ahmad Bashah diminta mengulas dakwaan yang viral di laman sosial, kononnya ketua UM­NO bahagian dan ketua pergerakan negeri disogok sejumlah wang sebagai sagu hati bagi menolak kepemimpinan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Men­teri Besar.

Sogokan bukan budaya UMNO
Ahmad Bashah yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, berkata mendapat sokongan dengan memberi bayaran kepada sesetengah pihak bukan budaya UMNO dan beliau tidak akan sekalikali melakukannya untuk kepentingan diri.

"Jangan buat fitnah kerana ia cukup bahaya dan boleh mero- sakkan nama parti. Jangan bawa (fitnah) ke dalam kalangan anak muda kita kerana mereka adalah kalangan pewaris negara dan ke- pimpinan akan datang.
"Hentikanlah kerana semua sudah selesai... cuma sekarang kita mahu buat kerja dan bergerak untuk negeri demi rakyat," katanya.

Ahmad Bashah berkata, laporan polis sudah dibuat oleh individu yang didakwa mengeluarkan kenyataan berhubung sogo- kan itu bagi membolehkan pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pihak yang menyebarkan fitnah itu.

Isu berkenaan dipercayai merujuk kepada penyebaran maklumat berbaur fitnah yang viral di Facebook dan aplikasi What- sApp menggunakan nama Ketua Puteri UMNO Bayan Baru, Pulau Pinang, yang juga EXCO Puteri UMNO, Noor Aeiza Hassan.

Berikutan itu, Noor Aieza mem- buat laporan polis pada Jumaat lalu kerana perkara berkenaan menjejaskan namanya.
Di Georgetown, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, mengesahkan Noor Aeiza membuat laporan pada Jumaat lalu.

Katanya, kes itu dirujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi siasatan lanjut.
"Laporan polis itu adalah berbentuk penafian dan kita serahkan kepada SKMM untuk meneruskan siasatan," katanya.


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Kes Fitnah MB Kedah Ke SKMM"

Post a Comment