Enggan Bom Orang Awam Dipenjara Hingga Mati



Enggan patuh arahan supaya bom digugur kan di lokasi orang awam, seorang juruterbang jet pcjuang tentera Syria ber fahaman sunnah dihukurri penjara tanpa diberi maka nan mencukupi sehingga dia akhirnya mati akibat kebuluran.

Demikian na sib Kapten Firas Bakran yang menemui ajal selepas tiga ta hun meringkuk dalam penjara di Sadnaya, Syria, sebagaimana diceri takan isterinya, Nur Khatib, 28, kepada Ha rian Metro, di sini, sema lam.

"Mengikut maklumat di sampaikan kepada saya, lebih 5,000 banduan di penjara yang turut mengalami nasib seperti suami iaitu tidak di beri makanan hingga ramai mati kebuluran," katanya.

Nur ditemui ketika mene rima bantuan pakaian mu sim sejuk sumbangan rakyat Malaysia yang disampaikan melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Muslim Care Soceity Malaysia (Muslim Care).

Menceritakan kisah tragik suaminya, Nur berkata sebelum ditangkap pada 2012, arwah selalu pulang di ke diaman di Kuarters Tentera Ghazlaniah dalam keadaan susah hati.

"Suami ddak reda setiap kali diberi tugasan kejam iaitu melakukan pembunuhan dari udara. Dia merancang un tuk belot. Malah mahu me letakkan bom kawalan jauh di bawah badan jet pejuang.

"Malangnya, rancangannya itu diketahui pihak ata san tentera. Suami saya di tangkap dan dipenjara," ka tanya yang ketika itu baru dua bulan melahirkan anak perempuan bongsu mereka.

Sepanjang tempoh suami menjalani hukuman, Nur dan empat anak perempu- annya tidak dibenarkan melawat suaminya di penjara.

"Saya hanya tahu per kembangan suami menerusi adik ipar yang bekerja ke rajaan. Satu hari adik ipar datang kepada saya dan menunjukkan surat isytihar kematian dikeluarkan pihak
penjara," katanya.

Kesedihan dan kedukaan hidup yang dirasakannya, terbubat seketika apabila empat anaknya iaitu A'la, 9, Syaima, 8, Huda, 6, dan Muntaha, 4, turut mendapat sumbangan pakaian musim sejuk daripada Muslim Care.

Konflik peperangan di Sy­ria meletus sejak 2011 ber punca daripada Presiden ne gara itu, Bashar al-Assad berfahaman Syiah menindas majoriti rakyatnya yang me ngikut fahaman Sunnah.

Sehingga kini, lebih 300,000 orang terkorban, ke banyakannya orang awam dan hampir empat juta rakyat negara itu meninggalkan tanah air untuk menyelamat kan diri dan membina ke hidupan baru di negara lain terutama sekitar Eropah.

Seorang lagi ibu tunggal, Aishah Ahmad, 29, berasal dari Homs, Syria pula masih dihantui kisah silam suami dibunuh di hadapan mata.


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Enggan Bom Orang Awam Dipenjara Hingga Mati"

Post a Comment