RM40 Ribu Disamun



Kuala Lumpur: Seorang wanita warga Singapura kerugian kira-kira RM40,000 apabila beg tangan beijenama miliknya disamun dua lelaki yang bertindak meme- cahkan cermin keretanya, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah, berkata kejadian berlaku jam 2 petang ketika kereta yang dinaiki mangsa bersama-sama ahli keluarganya berhenti di persimpangan lampu isyarat bertentangan Yayasan Tun Razak, Jalan Bukit Bintang, di sini.

Katanya, mangsa yang duduk di kerusi penumpang bahagian hadapan didatangi dua suspek menaiki motosikal lalu memecahkan cermin kereta dan merampas beg tangannya yang mengandungi telefon bimbit, wang tunai dan barang berharga lain.

"Sejurus kejadian itu, anak lelaki mangsa berusia 20 tahun yang menggunakan aplikasi IPhone tracker dapat menahan seorang lelaki pada jam 3.30 petang di Taman Mulia Cheras," katanya dalam kenyataan, semalam.

Zainol berkata, semua barang milik mangsa ditemui semula oleh anaknya ke- cuali beg tangan itu sebelum beliau mem- buat laporan polis.

Suspek berumur 20-an direman lima hari bermula semalam untuk membantu siasatan. Polis juga sedang mengesan se­orang lagi suspek. BERNAMA


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "RM40 Ribu Disamun"

Post a Comment