Sarawak Peneraju Pertumbuhan Industri Sawit Negara



Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) Sawit, kerajaan telah melaksanakan program mempercepat tanam semula dan tanam baharu sawit untuk pekebun kecil persendirian. Objektif program ini adalah untuk meningkatkan produktiviti hasil sawit dan pendapatan pe­kebun kecil. Selain bantuan anak benih, mereka juga diberi bekalan input pertanian iaitu baja untuk tahun pertama, bahan kimia untuk kawalan rumpai dan perosak dan baja untuk tahun kedua serta insentif untuk penyediaan kawasan dan penanaman sawit.

Bagi negeri Sarawak nilai bantuan adalah sebanyak RM9,000 per hektar. Jumlah pekebun kecil yang telah diberi bantuan daripada tahun 2011 hingga tahun 2015 adalah seramai 16,709 orang melibatkan kawasan seluas 33,965 hektar dengan jumlah peruntukan sebanyak RM305 68 juta.

Daripada jumlah tersebut Tanam Baru Sawit Pekebun Kecil (TBSPK) telah memberi manfaat kepada 16,554 orang dengan keluasan 33,439 hektar manakala Tanam Semula Sawit Pekebun Kecil (TSSPK) melibatkan 155 pekebun kecil dengan keluasan 526 hektar.

Bagi tahun 2015 sahaja, jumlah pekebun kecil yang telah dibekalkan anak benih adalah seramai 3,483 orang dengan jumlah keluasan 7,275 hektar. Kesemuanya melibatkan TBSPK. Ini berikutan masih terdapat kawasan yang sesuai untuk tanam baharu sawit. Tiada tanam semula pada tahun 2015 kerana tiada kawasan sawit pekebun kecil di Sarawak yang telah mencapai umur untuk ditanam semula.

Selain penyaluran bantuan input pertanian, MPOB juga memberi khidnut nasihat pengembangan kaedah penanaman dan penyeleng- garaan sawit yang betul kepada semua pekebun kecil teriibaL Ini adalah bagi memastikan pekebun kecil melaksanakan Amalan Pertanian Baik (GAP) supaya pokok sawit ditanam dan diselenggara dengan sempurna.

Dengan itu pokok sawit yang ditanam dapat mengeluarkan hasil yang tinggi mengikut potensi hasil setempat seterusnya menyumbang kepada peningkatan pendapatan pekebun kecil yang terlibat

Untuk menggalakkan mekanisasi dan meningkatkan produk­tiviti di kalangan pekebun kecil, MPOB melaksanakan Skim Diskaun Cantas atau SKIDIC. Skim ini memberi diskaun bernilai RM1,000 bagi setiap unit mesin penuai BTS yang dibeli oleh pekebun kecil. Bagi negeri Sarawak sehingga kini sebanyak 663 permohonan SKIDIC dengan jumlah nilai diskaun sebanyak RM663,000 telah diluluskan. SKIDIC akan diteruskan pelaksanaannya di negeri Sarawak pada tahun 2016.

Pelaksanaan TBSPK dan TSSPK juga akan diteruskan pada tahun 2016. Sasaran pelaksanaan pada tahun 2016 bagi negeri Sarawak adalah 6,000 hektar melibatkan seramai 3,000 orang pekebun kecil. TBSPK khususnya mendapat sambutan yang menggalakkan di negeri Sarawak. Ini kerana masih terdapat kawasan tanah terbiar seperti di kawasan tanah berstatus NCR yang sesuai untuk penanaman sawit. Pelaksanaan TBSPK di Sarawak dengan penglibatan pekebun kecil secara aktif adalah antara faktor kejayaan program ini. Inisiatif ini juga dikenalpasti sebagai antara punca pendapatan baru kepada penduduk setempat di Sarawak.

Semoga dengan bantuan Kerajaan, industri sawit Sarawak akan terus berdaya maju dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Sarawak Peneraju Pertumbuhan Industri Sawit Negara"

Post a Comment