Selangor Dinggi Tertinggi Di Malaysia




Kuala Lumpur: Selangor mencatatkan peningkatan kes demam denggi paling tinggi dengan 13,800 kes dilaporkan dalam tempoh 3 Januari hingga 3 Mac lalu, separuh daripada kira-kira 27,000 keseluruhan kes di seluruh negara.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr Balachandran Satiamurti, berkata kepadatan penduduk di negeri itu antara faktor perkembangan berkenaan yang turut menyebab- kan pihak berkuasa sukar mengawal sistem perparitan dan kebersihan persekitaran.

"Selangor mempunyai jumlah penduduk lebih ramai berbanding negeri lain. Di kawasan padat penduduk, memang sukar kawal sistem perparitan, sampah sarap, malah kebersihan kawasan persekitaran," katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Sementara itu, Prof Madya Parasitologi dan Entomologi Perubatan di Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Hidayatul Fathi Othman, berkata masyarakat lebih tertarik dengan kempen menangani denggi menerusi media, na- mun konteks dan cara penyampaian perlu menarik.

Guna saluran media
"Maklumat mengenai aedes dan denggi menerusi radio dan televisyen perlu dibuat dengan ka- edah lebih menarik untuk mendapatkan perhatian masyarakat," katanya.

Selain itu, katanya, aktiviti me- musnahkan tempat pembiakan aedes di samping pemahaman mengenai bahaya denggi perlu diterapkan kepada masyarakat sejak awal usia bagi memupuk tabiat dan tingkah laku positif yang mengutamakan kebersihan dan kesihatan.

Di Kuantan, Pengarah Kesiha­tan Pahang, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar, berkata pihaknya diarahkan oleh kerajaan negeri mengadakan gotong-royong pada setiap minggu untuk membersih serta membasml tempat pembiakan aedes.

Gotong-royong mingguan
"Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Petugas Denggi Pahang yang dipengerusikan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob, baru-baru ini.

Aktiviti gotong-royong dicadang dibuat secara mingguan, membabitkan pelbagai agensi ke­rajaan, komuniti setempat dan wakil rakyat," katanya.

Sejumlah 520 kes denggi dikesan di negeri ini dalam tempoh Januari hingga 1 Mac lalu yang dianggap membimbangkan walaupun menurun berbanding 527 kes bagi tempoh sama tahun lalu.
Enam kawasan di daerah Kuantan, iaitu Tanah Putih Baru, Taman Peramu Maju, Perumahan Sungai Isap Perdana Dua, Taman Kempadang Makmur, Taman Sen Inderapura dan Taman Berjaya Permai, selain pusat bandar Maran dan FELDA Jengka 17 di Maran dikenal pasti lokasi berisiko.

Berita Harian 5-3-2016


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Selangor Dinggi Tertinggi Di Malaysia"

Post a Comment