Rancangan Survival Bogel Di Hutan Royal Belum



Ketika sedang berehat di bilik sebaik tiba dari Denver sambil menonton satu rancangan survival menerusi rangkaian televisyen kabel, saya ter- tarik apabila dalam ranca ngan itu salah satu lokasi penggambaran adalah di Hutan Belum,Gerik, Pe rak.

Namun yang tidak mena riknya, ran cangan berkonsepkan kelangsungan hidup itu me maparkan dua individuiaituse- orang lelaki dan wanita yang latar belakang berbeza bersama sama selama 21 hari dengan bertelanjang bulat.

Rancangan dinamakan 'Ketakutan dan Bogel' itu berkonsepkan tiada makan tiada minuman dan ti­ada pakaian.

Kedua dua individu yang bertelanjang bulat terbabit akan menghabiskan masa bersama selama 21 hari di dalam hutan dan perlu membina tempat tinggal dan mencari makanan sendiri.

Selama itu, mereka akan mengharungi keperitan mencari makanan dan di akhir rancangan. kebanya kan peserta akan kehilangan berat badan kerana tidak makan.

Sebelum ini, rancangan sama pernah diadakan di sebuah pulau di Malaysia beberapa tahun lalu.
Memang bagus kerana publisiti mengenai Malaysia seperti dipaparkan, tetapi rancangan dengan memaparkan adegan bogel tidak sesuai untuk Malaysia sebagai negara Islam sederhana.

Saya berpandangan agensi berkaitan terutama Kementerian Luar dan Kementerian Pelanco-
ngan dan Kebudayaan perlulah buat kerja ia memantau apa yang mahu dilakukan kru filem.
Pasti boleh tahu kerana kru penggambaran ini datang dengan jumlah yang ramai.

Jangan kerana mahuka publisiti dan pelancong datang, unsur moral diketepikan.
Bagi saya, kita perlukan publisiti yang baik untuk negara.

Memang kita perlukan pelancong untuk menjana ekonomi tetapi kita kita mahu persepsi yang buruk.

-Harian Metro 5 3 2016



Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Rancangan Survival Bogel Di Hutan Royal Belum"

Post a Comment