Kehilangan Mesteri 4 Sekeluarga Ditemui



Mereka yang mati rentung ialah Rosemani Abd. Gha- ni, 65, anak Rosemani iaitu Mohd. Azahar Abdul Rahim, 43, serta dua anak Azahar ia­itu Muhammad Aizat, 18, dan Muhammad Daniel, 13.
Rosemani merupakan kakak kepada Ketua Polis Pahang iaitu Datuk Seri Sharifuddin Abd. Ghani. Sharifuddin yang mengesahkan, keempat-empat mangsa yang terbunuh itu merupakan ahli keluarganya.

Sebelum keempat-empat mayat itu ditemui, polis di Kuala Terengganu menerima satu laporan mengenai empat ahli keluarga yang didakwa hilang.

Mereka dikatakan hilang ketika dalam perjalanan dari Sungai Petani, Kedah menuju ke Shah Alam, Selangor.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, ke- semua mayat tersebut dite­mui rentung dalam kereta

Honda Accord di bawah treler ketika kerja-kerja menga- lih kenderaan berat itu di- lakukan pagi semalam.

"Pagi ini (semalam) ketika. kren hendak mengangkat treler yang terbabas dan ter- bakar pada malam Khamis, pemandu kren menemui se- buah kereta yang juga sudah aterbakar," kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.

Menurut beliau, akibat kebakaran daripada kema- langan itu, seluas 0.8 hektar kawasan hutan di tepi lebuh raya itu turut terbakar.

Chang Keong berkata, selain kemalangan melibatkan treler tersebut, polis pada
hari sama turut meneri- ma satu kes kemalangan lain melibatkan sebuah lori membawa muatan buah-buahan kira-kira satu kilometer dari ke­malangan melibatkan treler itu.

Lori membawa buah- buahan itu dipandu seorang lelaki tetapi ia terbabas dan melanggar pa- pan tanda. Pemandu lori itu terbunuh di lokasi kejadian.

"Kejadian membabitkan treler . itu disangka tidak membabitkan kenderaan lain dan hanya pemandu serta ke- lindan treler yang cedera.

"Bagaimanapun, selepas treler itu dialihkan pagi tadi (semalam), kereta jenis Honda Accord yang terbakar keseluruhannya ditemui dengan empat mayat rentung di dalamnya," kata beliau.
Berikutan itu, kata beliau, mayat keempat-empat mangsa itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Per- maisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat.



Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Kehilangan Mesteri 4 Sekeluarga Ditemui"

Post a Comment