PAC Minta Rakyat Yakin Dengan 1MB



KUALA LUMPUR - Rakyat tidak perlu bimbang dan harus yakin dengan syor serta rumusan laporan Jawatankuasa Kira- Kira Wang Negara (PAC)

berhubung Kawalan Pengurusan Urus Tadbir IMalaysia Development Berhad (1MDB) yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat tidak lama lagi.

Pengerusi PAC, Datuk Hasan Arifin (gambar) berkata, ini kerana lapo- ran berkenaan dibuat oleh anggota PAC yang terdiri daripada parti Barisan Nasional dan pembangkang.

Dalam kenyataan di sini semalam, Hasan berkata, PAC akan meneliti laporan akhir berkenaan ber- serta dengan 10 presiding terdahulu bagi melengkapkan laporan jawatankuasa se- belum ia dibentangkan di Dewan Rakyat.

"PAC berharap laporan berhubung
Kawalan Pengurusan Urus Tadbir 1MDB ini akan dapat dibentang­kan dalam sidang Dewan Rakyat kali ini," katanya. Semalam, PAC mende- ngar pembentangan Laporan Akhir Terhadap Pengauditan 1MDB oleh Ketua Audit Negara di bangunan Parlimen yang dijadualkan semula selepas ditangguhkan pada 24 dan 25 Februari lepas.

Dalam pada itu, Hasan berkata, PAC akur serta memahami keperluan dan tin- dakan Jabatan Audit Negara (JAN) bagi mengklasifikasikan laporan akhir itu se- bagai dokumen rahsia rasmi di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.

1 Malaysia Development Berhad
Katanya, keputusan JAN dilakukan berikutan ada maklumat dalam Laporan Interim Terhadap Pengauditan 1MDB yang dibentangkan kepada PAC pada Julai lalu dibocorkan sehingga menje- jaskan kredibiliti JAN dan PAC sendiri. - Bernama



Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "PAC Minta Rakyat Yakin Dengan 1MB"

Post a Comment