7 Tidak Mengaku Makan Rasuah


BUTTERWORTH-Hujuh anggota polis termasuk dua pegawai dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam, atas tiga pertu- duhan meminta dan menerima suapan beijumlah RM17,000 pada Januari tahun lalu.

Bagaimanapun, Asisten Superintendan Muharis- nizam Abas, 41; Inspektor Mohd Edzrin Ferdini Man- sor, 29; Koperal Low Guo Tzong, 31; Saijan Harun Ahmad, 54; Lans Koperal
Mohammad Amirul Akmal Mohamad Khir, 25, dan Lans Koperal Muham­mad Azwan Mohd Azahari, 24, mengaku tidak ber- salah selepas dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Julie Lack Abdullah.

Mengikut pertuduhan pertama, mereka didakwa meminta suapan seba- nyak RM10,000 daripada Ong Poo Huat yang disyaki memiliki dadah he­roin, sebagai dorongan bagi mengelakkan tindakan undang-undang di sebuah rumah di Taman Belatuk, Nibong Tebal, antara jam 5 40 petang hingga 7 petang pada 13 Januari
2015.
Bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa menerima RM4,000 daripada mangsa sama bagi tujuan sama, di tempat, masa dan tarikh sama.

Sementara itu, seorang lagi anggota polis, Koperal Zambri Nordin, 49, didak­wa bersama  keenam-enam tertuduh bagi per­tuduhan ketiga kerana menerima suapan sebanyak RM3,000 daripada mangsa sama, bagi tujuan dan alamat sama, jam 5 petang pada 17 Januari
2015.

Tertuduh tak mengaku
Bagaimanapun, semua tertuduh tidak mengaku bersalah terhadap pertu­duhan ketiga.
Pegawai Pendakwa SPRM,

Ahmad Ghazali Mu­hammad Nadzri memohon semua tertuduh diikat jamin RMl0,000 setiap seorang, namun Julie Lack membenarkan jaminan RM8,ooo bagi tertuduh pertama dan kedua, manakala RM5,000 bagi ter­tuduh ketiga sehingga ketujuh dengan seorang penjamin.

Julie Lack juga mene- tapkan 7 April hadapan sebagai tarikh sebutan semula kes.

-Berita Harian


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "7 Tidak Mengaku Makan Rasuah"

Post a Comment