Hilang Empat Ahli Keluarga Sekali Gus



Abdul Rahim Talib tidak menyangka akan kehilangan, isteri, anak dan dua cucu- nya serentak dalam kemalangan tragis yang berlaku di Kilometer 265.4 Lebuh Raya Utara-Selatan di Ipoh, Perak awal pagi kel- marin.

Abdul Rahim, 69, berkata, berita sedih melibatkan empat orang kesayangannya iaitu isteri, Rosemani Abd. Ghani, 65, anak lelakinya, Mohd. Azahar, 44, serta dua cucunya iaitu Muhammad Aizat, 18, dan Muhammad Daniel, 13, hanya diketahui pukul 2.30 petang semalam selepas solat Jumaat.

"Sebaik sampai ke ru- mah, anak lelaki saya, Mohd. Hafiz, 31, datang menunjukkan gambar ke- malangan melibatkan is­teri, anak dan cucu-cucu saya menerusi telefon bimbit," ceritanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Wakaf Tengah, Mengambang Telipot di Kuala Nerus di sini se­malam.

Abdul Rahim yang merupakan pesara polis berpangkat sarjan me- jar memberitahu, Mohd. Hafiz mengecam kemala- ngan itu melibatkan keluarga mereka selepas meli- hat kereta Honda Accord dan nombor pendaftaran dalam gambar berkenaan.

Katanya, semasa kema- langan, isteri, anak dan cucu-cucunya dalam perjalanan dari Sungai Petani, Kedah ke ibu negara untuk mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Aizat di Maktab Tentera Diraja di Sungai Besi, Kua­la Lumpur.

Aizat sepatutnya tiba di ibu negara kelmarin namun dia dan ahli keluarganya tidak sampai pada hari tersebut menyebab- kan Abdul Rahim mem- buat laporan polis mengenai misteri mereka gagal dihubungi.

Difahamkan Aizat men- dapat keputusan 5A dalam peperiksaannya.
Menurut Abdul Rahim lagi, Azahar yang bek- erja sebagai juruteknik di UiTM Merbok di Kedah telah bercerai dengan Hartini Othman, 39, kira- kira 10 tahun lalu.

Sejak itu, Aizat dan Daniel tinggal bersama Abdul Rahim di Tereng- ganu manakala seorang lagi anak pasangan itu, Nur Izza, 17, tinggal ber­sama Hartini yang bekerja sebagai guru di Sungai Petani.
Sementara itu, di Sungai Petani, Nur Izza berkata, dia tidak men- yangka misteri kehilangan bapa, abang, adik serta neneknya sejak Rabu lalu berakhir dengan khabar kematian mereka.

Gadis itu memberitahu, sebelum itu, empat ahli keluarganya itu baru sam­pai ke Sungai Petani pada pukul 5 petang pada Rabu lalu dengan menaiki bas dari Kuala Terengganu.
"Sebaik tiba di Kedah, ayah terus membawa Aizat dan Daniel menzia- rah adik tiri saya, Solihin Ahmad Ridzuan, 8, yang dirawat di Hospital Sul- tanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar kerana demam
denggi.
"Selepas itu, ayah, abang, adik dan nenek da­tang ke rumah ibu di Tam­pan Kempas di Sungai Petani untuk menjenguk saya pukul 8 malam pada hari sama," ceritanya.

Katanya, empat ahli ke­luarganya itu kemudian pulang ke rumah ayahnya di Merbok sebelum mere­ka kemudian menaiki kereta menuju ke Shah Alam, Selangor pada hari sama.

Tambah Nur Izza, dia menyedari kehilangan ahli keluarganya itu selepas
melihat kumpulan Whats- App keluarganya ketika pulang dari sekolah kira- kira pukul 3 petang kelma­rin .
"Ibu saudara saya diShah Alam memaklumkan kali terakhir dia ber


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Hilang Empat Ahli Keluarga Sekali Gus"

Post a Comment