1,000 nelayan hilang punca rezeki hutan bakau diceroboh



Balik Pulau: Seramai 1,000 nelayan di Kampung Sungai Pinang di sini, men- dakwa hilang punca pendapatan selepas pokok paya bakau di kawasan itu musnah disebabkan aktiviti pencerobohan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Bahang, Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah, berkata kumpulan nelayan berkenaan mendakwa lebih enam hektar kawasan paya bakau di situ diceroboh bagi memberi laluan kepada pembinaan kolam ternakan undang.

"Setiap minggu ada sahaja aduan da- ripada nelayan mendakwa hasil penda­patan mereka teijejas daripada RM200 ke RM10 sehari. Keadaan ini didakwa berlaku berikutan kemusnahan pokok bakau di kawasan terbabit.

Dilulus pejabat daerah"Saya difahamkan penebangan pokok paya bakau ini didakwa diluluskan Pejabat Da­erah dan Tanah Barat Daya, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang, Jabatan Perikanan Negeri dan Majlis Perbandaran Pu­lau Pinang (MPPP)," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Shah Headan Ayob berkata, ketika ini terdapat enam kolam udang di kawasan berkenaan namun pihaknya dimaklumkan hanya satu kolam sahaja yang mendapat kelulusan pihak berwajib.
"Sistem pengairan di kawasan ternakan udang perlu dikawal rapi kerana ia boleh memberi kesan terhadap aktiviti pembenihan ikan.

Minta penjelasan kerajaan negeri

"Kita menuntut kerajaan DAP Pulau Pi­nang memberi penjelasan berhubung isu berkenaan dan mahu nasib nelayan di kawasan ini dibela," katanya.

Sementara itu, nelayan, Abu Bakar Ib­rahim, 66, berkata dia terpaksa mengutip besi buruk, sementara isterinya mengam- bil upah mengasuh anak jiran demi menyara kehidupan seharian mereka yang terjejas.

"Sepatutnya pihak yang menebang po­kok paya bakau berkenaan bertanggungjawab dengan menanam semula bagi memastikan pembiakan sumber laut tidak teijejas," katanya.


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "1,000 nelayan hilang punca rezeki hutan bakau diceroboh"

Post a Comment