Petanda Gempa Bumi Lebih Kuat


Kota Kinabalu: Tiga gempa bumi lemah menggegarkan Lahad Datu dalam tempoh ti­ga minggu termasuk yang terbaharu pagi semalam mungkin petanda berlaku gempa lebih kuat selepas ini.

Pakar Geologi Universiti Ma­laysia Sabah (UMS), Prof Dr Felix Tongkul, berkata beliau bimbang gempa lemah bermagnitud 3.2 skala Richter pada 16 Februari lalu serta 3-5 pada 1 Mac dan jam 8.43 pagi se­malam adalah gempa awal (fo- reshock) sebelum gempa lebih kuat.

Sehubungan itu, beliau me- ngingatkan orang ramai, khu- susnya di Lahad Datu agar berjaga-jaga dan bersedia menghadapi apa saja kemung- kinan.

Pelepasan tenaga kecil
Bagaimanapun, katanya, ada s'atu lagi kemungkinan boleh dikaitkan dengan ketiga-tiga gempa bumi itu, iaitu ia mungkin pelepasan tenaga tersim- pan di dalam bumi secara ke- cil-kecilan.
Katanya, jika pelepasan te­naga secara kecil-kecilan itu berterusan, ia dapat mengelak kejadian gempa bumi lebih besar.

Pengarah Jabatan Meteor- ologi Sabah, Abdul Malek Tu- sin, berkata pihaknya turut meramalkan kemungkinan berlaku gempa bumi yang le­bih besar di Lahad Datu hing- ga mencapai magnitud 6.0 skala Richter.

Kejadian luar biasa
"Kejadian tiga gempa bumi dalam masa tiga minggu di Lahad Datu dengan magnitud yang konsisten adalah sesuatu agak luar biasa," katanya.

"Gempa lebih besar hingga magnitud 6.0 boleh berlaku seperti dijelaskan Jabatan Meteorologi selepas gempa bumi bermagnitud 5.9 di Ranau pada tahun lalu," katanya.

Sementara itu, Pegawai Daerah Lahad Datu, Iman Ali, berkata Jawatankuasa Bencana Alam Daerah sudah bersiap sedia menghadapi kemungki­nan gempa bumi kuat di da­erah itu pada bila-bila masa.




Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Petanda Gempa Bumi Lebih Kuat"

Post a Comment