Awal Persediaan PRU MCA Pilih Calon Awal


Kuala Lumpur: MCA sudah menamakan calonnya untuk pilihanraya umum akan datang. sebagai persediaan awal parti un­tuk memastikan Barisan Nasional (BN) terus diberi mandat.

Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, senarai awal calon itu akan dihantar kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak secepat mungkin.

"Senarai awal calon ini juga usaha parti supaya pengundi lebih mengenali calon mereka dan calon boleh bekeija dan bersedia lebih awal," katanya selepas mempengerusikan Jawatankuasa Pusat kali ke 14 di Wisma MCA di sini semalam.

Tiong Lai berkata, berdasarkan pengalaman lalu parti itu lewat menamakan calon dan agak kelam kabut ketika menghadapi pilihan raya.

"Penting untuk kita membuat persediaian awal bagi pengukuhan parti. Perpaduan parti adalah faktor kemenangan MCA dalam pilihan raya terdahulu," katanya.

Katanya, semua calon awal itu sudah mencapai kriteria parti dan menepati petunjuk prestasi utama (KPI).
Bagaimanapun, beliau enggan mengumumkan jumlah calon muka baharu dan lama, yang membabitkan 40 calon untuk Parlimen dan 90 Dewan Undangan Negeri (DUN).

Dalam perkembangan berkaitan, kata­nya, semua bahagian MCA dinilai melalui  KPI untuk mengetahui tahap kesediaan parti di akar umbi.

"Ini sudah dilaksanakan sejak tahun lalu dan kita berpuas hati dengan pencapaian bahagian," katanya.

Mengulas mengenai hasil mesyuarat CWC semalam, katanya mesyuarat bersetuju supaya karnival santai dikenali se­bagai Jom Gerak Teguh Bersama MCA akan diadakan di 13 negeri di seluruh negara tahun ini.

Katanya, karnival itu bagi mendekatkan parti kepada rakyat selain mendapat maklumat di peringkat akar umbi.


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Awal Persediaan PRU MCA Pilih Calon Awal"

Post a Comment