Gaduh Sampai Potong Hidung Isteri


KABUL - Seorang lelaki tergamak memotong hidung isterinya selepas mereka bergaduh, mencetuskan kemarahan banyak pihak di negara itu yang menuntut hukuman berat dikenakan terhadapnya. 

Lapor NBCNEWS, hidung Reza Gul, 20, dipotong menggunakan pisau lipat oleh suaminya, Mohammad Khan, di rumah mereka di utara wilayah Faryab, semalam. 

Mangsa yang telah 5 tahun bersama dengan lelaki itu dikejarkan ke hospital oleh keluarganya. Mohammad Khan melarikan diri selepas kejadian itu dan dipercayai berada di kawasan yang dikuasai Taliban dan kini sedang diburu oleh polis. 

Gambar yang disebarkan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Afghanistan (SHAA), melalui Twitter, mengutuk perbuatan kejam. SHAA juga mendesak kerajaan menangkap lelaki berkenaan. 

Difahamkan di beberapa wilayah Afghanistan, memotong hidung membawa maksud mahu memalukan mangsa dan menunjukkan mangsa kononnya membawa malu besar kepada keluarga atau suku kaum. - THEHYPEMEDIA.COM


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Gaduh Sampai Potong Hidung Isteri"

Post a Comment