Maut Setelah Dipijak Beramai-Ramai



Sentul- Seorang ahli pernia gaan lelaki maut akibat di pukul dan dipijak berulang kali di kepalanya oleh sekumpulan penjenayah.

Mayat mangsa berusia 50 an itu, ditemui orang awam terbaring di tangga tingkat 5, sebuah pusat membeli beLah di sini, jam 8.41 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata,
mangsa yang berlumuran darah di muka di temui terbaring sebelum polis dimaklumkan berhubung kejadian itu.
Menurutnya, siasatan awal polis mendapati mangsa cedera teruk di mu ka dipercayai dipukul dengan tangan dan kaki selain dipijak.

"Tiada kesan tikaman pada badan mangsa dan ter dapat tali plastik berwarna hijau di tangan kanan dan kaki kiri mangsa. Bagaima napurt tali itu tidak mengikat tubuh mangsa ketika di temui.

"Siasatan mendapati mangsa berasal dari Bandar Tasik Selatan.Cheras. Hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan mangsa bersama seorang perempuan datang ke pusat beli belah berkenaan pada jam 6.00 pagi dengan menaiki sebuah kenderaan," katanya.

Menurutnya, rakaman CCTV bagaimanapun menunjukkan mangsa dibawa enam suspek melalui hadapan lif di tingkat 5 ke kawasan tangga berhampiran.

"Mangsa dipercayai dibe lasah beramai ramai sebelum ditinggalkan.

"Hasil pemeriksaan polis terhadap mangsa mendapa titiada barangan peribadinya yang hilang. Pemeriksaan di dalam kereta mangsa turut menemui beg berisi pakaian lelaki dan wanita," katanya.

-Harian Metro


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Maut Setelah Dipijak Beramai-Ramai"

Post a Comment