Kenapa Perlu Padamkan Lampu Ketika Hendak Tidur?


"Padamkanlah lampu di malam hari apabila kamu mahu tidur. Tutuplah pintu, tutuplah rapat-rapat bejana-bejana dan tutuplah makanan dan minuman"
(HR. Muttafaq'alaih)

Rasulullah SAW mensabdakan itu lebih dari 14 abad yang lalu. Ternyata di abad moden ini baru diketahui manfaat kesihatan dari tuntunan Rasulullah untuk memadamkan lampu ketika hendak tidur.

Ahli biologi Joan Robert mengungkapkan bahawa, tubuh hanya dapat memproduksi hormon melatonin ketika tiada cahaya. Hormon melatonin ini adalah salah satu hormon kekebalan tubuh yang mampu memerangi dan mencegah pelbagai penyakit termasuk kanser payudara dan kanser prostat.

Orang yang tidur dalam keadaan gelap, tubuhnya dapat memproduksikan hormon ini. Sebaliknya yang tidur dengan lampu menyala di malam hari, sekecil apa pun sinarnya akan menyebabkan produksi hormon melatonin terhenti.

Pentingnya tidur di malam hari dengan memadamkan lampu juga diteliti oleh para ilmuan dari barat. Pengkaji menemui bahawa ketika cahaya dinyalakan pada malam hari dapat mengaktifkan secara berlebihan sel-sel yang dikaitkan dengan pembentukan sel kanser.

Sebuah konferensi tentang anak penghidap leukimia yang diadakan di London juga menyatakan bahawa seseorang itu boleh menghidap kanser akibat terlalu lama terdedah pada lampu ketika tidur di waktu malam berbanding dengan yang tidak pernah menggunakan lampu ketika waktu tidur.

Subhanallah. Demikian luar biasa yang diajar Rasulullah SAW. Setelah berabad-abad lamanya, hikmah perubatannya baru terungkai. - Dato' Dr Haji Mohd Fadzillah Kamsah


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Kenapa Perlu Padamkan Lampu Ketika Hendak Tidur?"

Post a Comment