Krisi Kejatuhan Harga Minyak Belanja Dikurangkan RM50 Bilion


Kejatuhan harga minyak mentah global terus memberi tekanan kepada syarikat pengeluar minyak ne- gara, Petronas, apabila ia bakal mengurangkan perbelanjaan operasi (Opex) dan perbelan­jaan modal (Capex) sehingga RM50 bilion dalam tempoh empat tahun akan datang.

Langkah tersebut sekali gus memberi petanda bahawa krisis minyak dunia ketika ini semakin meruncing.
Agensi berita Reuters melaporkan, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin (gambar kecil) bertindak mengingatkan kakitangan Petronas bahawa langkah lanjutan penjimatan terse­but bererti syarikat itu bakal menangguhkan beberapa lagi projek yang sedang dirancang untuk dilaksanakan.

Beliau berkata, pihaknya juga perlu membuat keputusan strategik untuk melakukan kajian semula terhadap model operasi perniagaan syarikat bagi meningkatkan kecekapan bertindak balas terhadap persekitaran luar.
Bagaimanapun,menurut Wan Zulki­flee, pihaknya mendapati langkah-langkah tersebut tidak cukup uhtuk menan- gani impak yang disebabkan oleh kejatuhan berterusan harga minyak mentah global.

"Pada Jumaat lepas, harga minyak mentah Brent ditutup pada nilai dagangan AS$28 (RM122) setong dan ia terus menyusut tanpa menunjukkan tandatanda untuk kembali pulih.

"Syarikat telah memberi reaksi pantas terhadap petan­da awal ini dengan mengurangkan Capex dan Opex," katanya dalam memo­randum dalaman kepada kakitangannya di sini semalam.

Harga minyak Brent se­malam diniagakan pada pa­ras ASS28.79 (RM125.52) setong manakala West Texas
AS$29.12 (RM126.96) setong.

Wan Zulkiflee menambah, dalam berdepan dengan kemelut tersebut, kajian semula model operasi perniagaan syarikat bakal menyebabkan perubahan kepada struktur organisasi sedia ada dan buti- ran mengenainya dijangka da- pat dikongsi pada bulan Mac ini.

"Pada waktu ini, kami belum dapat memastikan bagaima- na struktur baharu ini akan memberi kesan kepada kaki­tangan, namun memberi jaminan untuk mengkaji kesemua kebarangkalian pilihan untuk memastikan kita mendapat keseimbangan antara kebajikan pekerja dan manfaat per­niagaan.

"Buat masa ini, kami telah memulakan kajian berhubung kedudukan kontrak yang akan memberi kesan tidak kritikal kepada aktiviti perniagaan teras Petronas.

"Sehingga kini, kajian se­mula kedudukan yang diisi oleh kontraktor pembekalan tenaga kerja juga sedang di­laksanakan sebagai langkah awal untuk mengurangkan kos tenaga kerja," katanya.


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Krisi Kejatuhan Harga Minyak Belanja Dikurangkan RM50 Bilion"

Post a Comment