Lawak Tapi Realiti! Kisah Awal, Tengah Dan Hujung Perkahwinan

Lawak Tapi Realiti! Kisah Awal, Tengah Dan Hujung Perkahwinan



TERDAPAT banyak kisah rumah tangga yang boleh membuatkan kita tak kering gusi memperkatakannya. Di bawah, antara perubahan sikap pasangan suami isteri yang sering  jadi topik perbincangan.. lucu tapi inilah realiti!



1) SHOPPING

Awal Perkahwinan

Isteri : “Jom kita pergi shopping”

Suami : “Jom.. dari duduk rumah, bosan plak..”

Pertengahan Perkahwinan

Isteri : “Jom kita pergi shopping”

Suami : “Abang penat laaa.. Ayang pergi sendiri laaa.. naik lrt ke..drive ke..teksi ke..”

Penghujung Perkahwinan

Isteri : “Jom kita pergi shopping”

Suami : “Apa shopping moping..? Aku lempang kang….”

2) MAKAN KEDAI
Awal Perkahwinan

Isteri : “Hari ini kita makan kedai ye..”

Suami : “OK..no problem..”

Pertengahan Perkahwinan

Isteri : “Hari ini kita makan kedai ye..”

Suami : “Awak tak boleh masak ke ?”

Penghujung Perkahwinan

Isteri : “Hari ini kita makan kedai ye..”

Suami : “Awak nikah je lah ngan mamak kedai tu…”

3)ANAK
Awal Perkahwinan

Isteri : “Ayang mengandung..”

Suami : “Abang tak sabar nak lihat anak kita..”

Pertengahan Perkahwinan

Isteri : “Abang tolong buat susu anak..”

Suami : “Abang mengantuk laa..ayang buat laaa..”

Penghujung Perkahwinan

Isteri : “Cuba awak tegur anak tu sikit..”

Suami : “Haiii..anak awak..memang ikut mak…gerenti bengong nyer…”

4) MASAK
Awal Perkahwinan

Isteri : “Ayang masak, abang kemas rumah ye..”

Suami : “OK..no problem..”

Pertengahan Perkahwinan

Isteri : “Ayang masak, abang kemas rumah ye..”

Suami : “Saya penat, awak ajelahh yang buat..”

Penghujung Perkahwinan

Isteri : “Ayang masak, abang kemas rumah ye..”

Suami : “Apa kata awak masak, awak kemas, awak buat sumer… saya nak kuar ngan maid kita yg baru ni….”

5) HARI JADI
Awal Perkahwinan

Isteri : “Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?”

Suami : “Apa yang ayang inginkan..”

Pertengahan Perkahwinan

Isteri : “Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?”

Suami : “Setiap tahun saya berikan… tak cukup lagi ke?”

Penghujung Perkahwinan

Isteri : “Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?”

Suami : “Lempang nak?”

6) TAK PANDAI MASAK
Awal Perkahwinan

Isteri : “Ayang tak pandai masak..”

Suami : “Takpe, biar abang masak..”

Pertengahan Perkahwinan

Isteri : “Ayang tak pandai masak..”

Suami : “masak jer la apa2 jer..”

Penghujung Perkahwinan

Isteri : “Ayang tak pandai masak..”

Suami : “Bakar je lar dapur tu…”



Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Lawak Tapi Realiti! Kisah Awal, Tengah Dan Hujung Perkahwinan"

Post a Comment