Lelaki Paling Tua Meninggal Dunia


Tokyo: Warga Jepun yang diiktiraf sebagai lelaki tertua dunia meninggal dunia pada usia 112 tahun awal hari ini.
Yasutaro Koide (gambar) yang dilahirkan pada 13 Mac 1903, meninggal dunia dua bulan sebelum sambutan hari jadinya ke-113.
Beliau pernah berkata, rahsia umur panjangnya adalah tidak merokok dan mengambil alkohol.
Koide diiktiraf oleh Guin­ness World Records seba­gai lelaki tertua dunia Ogos lalu.
Koide (disebut 'Koy-deh') bekerja sebagai seorang tu-
kang jahit ketika muda.
Masalah jantung kronik
Kementerian Kesihatan, Bu- ruh dan Kebajikan menyatakan, Koide meninggal du­nia di hospital di Nagoya, lokasi mendiang dirawat kerana masalah jantung yang kronik.
Seorang individu lain di negara ini, Masamitsu Yoshida, ill, yang dilahirkan pada 30 Mei 1904, menggantikan
Koide sebagai lelaki tertua di Jepun. Namun, masih belum diketahui jika Yoshida juga adalah lelaki tertua dunia.
Menurut rekod pendaftaran keluarga, Je­pun mempunyai lebih 61,000 penduduk berusia atas 100 tahun. Hampir 90 peratus adalah wanita.
Manusia tertua di du­nia adalah seorang wanita Amerika Syarikat, Susan­nah Mushatt Jones berusia 116 tahun dari Brooklyn, New York. AP


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Lelaki Paling Tua Meninggal Dunia"

Post a Comment