Enam Jenis Pengguna Telefon Pintar Di Malaysia



KUALA LUMPUR, 20 Jan ― Secara purata pengguna telefon pintar di Malaysia menghabiskan masa sekurang-kurangnya tiga jam melayari peranti, dengan penggunaan data sehingga sebanyak 323MB dalam tempoh tersebut.
Laporan Persona Pengguna Telefon Pintar (SUPR) Malaysia 2015 yang dikeluarkan platform data pintar, Vserv, mendapati kebanyakan pengguna menghabiskan masa dengan media sosial seperti berbual dengan aplikasi sembang, manakala yang lain menggunakan telefon untuk lain-lain hal.
"Kebanyakan masa penggunaan bertumpu kepada rangkaian sosial dan aplikasi sembang (40 peratus), hiburan yang merangkumi aplikasi permainan, video dan media (36 peratus) dan aplikasi utiliti seperti fungsi pengunci papan kekunci, pengendali memori dan panggilan suara (15 peratus), kata Vserv dalam kenyataan, hari ini.
Kaji selidik dengan kerjasama Nielsen Informate Mobile Insights itu dilakukan terhadap 1,244 responden bagi tempoh tiga bulan, dan mendapati terdapat enam “persona” pengguna telefon pintar:
1. “Data guzzlers” (20 peratus) – Ditentukan oleh penggunaan data tertinggi yang bertumpu pada aplikasi pelayaran dan permainan.
2. “Dabblers” (19 peratus) – Tahap keterlibatan telefon bimbit yang terendah dan jarang mengakses aplikasi dan laman internet.
3. “App junkies” (17 peratus) – Pemasangan jumlah aplikasi dan permainan yang tertinggi pada kadar 11 jenis aplikasi dalam tempoh sebulan.
4. “Power users” (16 peratus) – Menghabiskan selama 219 minit sehari atas telefon pintar, yang turut merupakan kadar masa yang terpanjang dan kebanyakkannya pengguna perempuan dengan purata keterlibatan tertinggi atas pelbagai jenis aplikasi.
5. “Utilitarians” (15 peratus) – Pengguna yang mengutamakan aplikasi utiliti seperti panggilan suara, berita dan emel.
6. “Social stars” (13 peratus) – Meluangkan separuh daripada masa berbual atas rangkaian dan aplikasi sembang (hampir satu jam setengah sehari).
“Ahli pemasaran kini perlu mengutamakan penyebaran mesej yang lebih relevan dan memperkaya pengalaman pengguna. Mereka memerlukan strategi yang bertumpu pada persona dan niat wawasan pengguna.
"Sebagai peneraju bidang data pintar, Vserv secara konsisten telah membolehkan ahli pemasaran memanfaatkan sasaran pengguna berasaskan data pintar, dan bukan sekadar demografi pengguna," kata Naib Presiden Pemasaran Global Vserv, Pranab Punj.
- See more at: http://ift.tt/1UbE9jD


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Enam Jenis Pengguna Telefon Pintar Di Malaysia"

Post a Comment