Fasha & Jejai Sah Cerai Talak 1


Perkahwinan selama 4 tahun Fasha Sandha dengan suaminya, Rizal Ashram Ramli atau Jejai, sah berakhir dengan bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah Jalan Duta, lapor Harian Metro.

Jejai, 40, melafazkan cerai itu di hadapan Hakim Syarie Muhamad Abdul Karim Wahab.

Difahamkan, Fasha telah memfailkan permohonan cerai pada Isnin lalu mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984. 

"Saya sudah berusaha untuk menyelamatkan perkahwinan ini. Saya redha dan akan meneruskan kehidupan bersama dua anak saya," katanya yang menganggap perceraian itu adalah jalan terbaik buat kedua-dua keluarga.

Sementara itu, Jejai yang ditemani oleh adik iparnya dilihat menangis meninggalkan mahkamah. - THEHYPEMEDIA.COM


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Fasha & Jejai Sah Cerai Talak 1"

Post a Comment