Kedah Panas Mukhriz Nak Terbakar Ke?



ALOR SETAR, 21 Jan — Mentri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir meminta semula rakyat Kedah supaya bertenang dan bersabar serta mendoakan yang terbaik.

“Selagi rakyat Kedah mahukan saya, selagi itulah saya akan terus berkhidmat,” katanya sebelum meninggalkan perkarangan Ibu Pejabat Umno Kedah di Bangunan Tunku selepas mengadakan mesyuarat tertutup dengan beberapa pemimpin Umno Bahagian Jerlun di sini malam tadi.

“Allah akan bersama kita selagi kita ikhlas dengan perjuangan. Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada kita. Apa juga kejadian yang berlaku tentunya ada hikmah untuk kita.

“Percayalah sesuatu yang baik akan sampai kepada kita,” katanya ketika berucap di hadapan lebih 1,000 penyokongnya yang berkumpul sejak 8 malam tadi.

Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata beliau menyerahkan kepada rakyat Kedah untuk menilai prestasi dan keberkesanan kerjanya sebagai Mentri Besar negeri ini sejak 6 Mei, 2013.

Beliau berkata kedudukannya sebagai Mentri Besar adalah atas mandat dan kepercayaan diberikan rakyat dan atas perkenan Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah selepas dicadangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, saya memegang amanah untuk berkhidmat dengan sebaiknya demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat.

“Rakyat dan pengundi jua yang akan menilai kemampuan pentadbiran saya,” katanya dalam satu kenyataan ringkas di sini malam tadi.

Petang semalam hampir kesemua Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) dan anggota Parlimen Umno Kedah yang mengadakan pertemuan tertutup di sini telah menyuarakan hilang keyakinan mereka terhadap kepimpinan Mukhriz sebagai Mentri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanifah membacakan kenyataan dua muka surat bagi mengumumkan keputusan mesyuarat itu yang turut hadiri ketua-ketua sayap Pemuda, Puteri dan Wanita Umno negeri.

Antara pemimpin lain yang hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga anggota Parlimen Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Timbalan Menteri Pertahanan yang juga Anggota Parlimen Kubang Pasu, Datuk Johari Baharom; dan Pengerusi Tabung Haji yang juga Anggota Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim. — Bernama

- See more at: http://ift.tt/1RUtxs9


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Kedah Panas Mukhriz Nak Terbakar Ke?"

Post a Comment