'Kedudukan Saya Sebagai MB, Saya Serahkan Kepada Rakyat Jelata'


ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir berkata, beliau menyerahkan kepada rakyat jelata untuk menilai prestasi dan keberkesanan kerjanya sepanjang menjawat jawatan Menteri Besar negeri itu.

"Saya dengar kenyataan yang dikeluarkan oleh sebahagian kepimpinan UMNO Negeri yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah petang tadi, namun kedudukan saya sebagai Menteri Besar adalah mandat dan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat dan juga perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah setelah dicadangkan sendiri oleh Datuk Seri Najib Razak.

"Saya serahkan kepada rakyat jelata untuk menilai prestasi dan keberkesanan kerja buat saya bersama kepimpinan parti seluruh negeri sejak hari pertama Barisan Nasional kembali mentadbir Kerajaan Negeri Kedah pada PRU13. 

"Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, saya memegang amanah untuk berkhidmat dengan sebaiknya demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat. Rakyat dan pengundi jua yang akan menilai kemampuan pentadbiran saya," katanya. 

Terdahulu, sejumlah besar rakyat Kedah berkumpul di perkarangan bangunan ibu pejabat UMNO Kedah untuk menyatakan sokongan padu kepada Mukhriz untuk kekal menjawat jawatan Menteri Besar.

Sementara itu di media sosial, netizen menyelar tindakan Ahmad Bashah yang dilihat mahu 'merampas' jawatan itu dengan taktik kotor yang dianggap boleh mencemarkan imej UMNO Kedah itu sendiri. 

Rata-rata netizen khususnya rakyat Kedah itu sendiri tidak bersetuju jika Ahmad Bashah dilantik menjadi Menteri Besar. - THEHYPEMEDIA.COM


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "'Kedudukan Saya Sebagai MB, Saya Serahkan Kepada Rakyat Jelata'"

Post a Comment