'Tiada Lagi Yang Nak Kejutkan Bila Subuh'


Semalam jam 2 pagi, ada terdengar bunyi salakan anjing yang kuat. Terusa cari Ebi. Turun bawah, buka gate pelahan-lahan pergi tengok, memang ada benda terbaring di atas tanah. 

"Minta-minta bukan Ebi," sambil berjalan pelahan-lahan ke arah benda itu. 

"Tolonglah bukan Ebi, tolonglah bukan Ebi," getus hati ini. 

Tetapi saya tersilap, memang Ebi. Saya hampir rebah, kucing yang saya belai hari-hari, cium hari-hari sekarang berlumuran darah di depan mata. Badannya dikoyak-koyak membuatkan saya tidak dapat fokus dan tidak boleh menerima apa yang berlaku. Saya sayang Ebi lebih dari sekadar seekor kucing. Yang tahu kisah Ebi dengan saya saja yang akan faham.

Ada 7 - 8 ekor anjing dewasa menyerang dia. Ebi masih belum capai usia setahun. Dia sangat manja walaupun dia nakal. Tak ada dah kucing yang wajib kejutkan saya bila tiba waktu Subuh yang memang akan datang mencium pipi selepas makan walaupun selepas itu nak keluar rumah.

Saya tak boleh terima semua ini. Saya masih tidak faham, dalam banyak-banyak kucing liar, mengapa Ebi yang menerima takdirnya begini? Patutlah dua tiga hari ini dia manja melampau-lampau. Perangai dia one of a kind. Kucing yang bukan sekadar anda sayang. Dia kucing kampung yang tak comel seperti kucing orang. Ekor dia pun cacat.

Ebi kucing yang ada perasaan rindu bila kena boarding selama 3 hari di klinik. Kucing yang tahu merajuk kalau lebihkan yang lain. Kucing yang minta temankan makan, kalau tidak, dia tidak akan makan. Ebi juga pandai berterima kasih, pandai memujuk atau memanggil bila dia dapat menangkap sesuatu. Dia juga tahu yang saya nak pergi kerja, dia akan baring di atas katil mengiau meminta dibelai. Dia yang selalu menunggu di depan pintu setiap kali kereta saya masuk parking. 

Dia comel dalam kekurangan dia itu. Allah, bayangkanlah kucing yang menjadi teman setiap hari hidup bujang, yang berkongsi hampir segala-galanya walaupun saya tahu dia tidak faham. 


Tetapi sekarang saya rasa dia faham sebab dia dah ada dalam hati saya. Ya, Ebi itu kucing saja tetapi dia bukan sekadar kucing. Dialah kawan baik, dialah keluarga. Hati saya hancur. - Abeden Mung | Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "'Tiada Lagi Yang Nak Kejutkan Bila Subuh'"

Post a Comment