Pengganas Jadikan Aplikasi Telegram Untuk Rekrut Anggota



APLIKASI mesej Telegram yang dianggap sebagai cara berkomunikasi paling selamat, dijadikan sebagai platform oleh militan IS untuk merekrut anggota dari Asia Tenggara, sekali gus memberi cabaran kepada pihak berkuasa un­tuk menjejaki aktiviti kumpulan pelampau itu.

Menurut laporan portal Wall Street Journal (WSJ), militan IS beralih kepada Telegram selepas mendapati media sosial popular yang lain seperti Facebook dan WhatsApp tidak selamat untuk berkomunikasi ekoran pemantauan agensi perisikan yang ketat terutamanya dari Amerika Syarikat (AS).

Jelas laporan itu, aplikasi Te­legram yang pada asalnya dibina untuk tujuan komersial dan permainan video digunakan oleh kum­pulan pengganas bagi menyebarkan ideologi secara bersembunyi tanpa dihidu oleh pihak berkuasa.

Sabtu lalu, pihak berkuasa Malay­sia melaporkan unit antikeganasan menahan empat suspek militan IS,
tiga daripadanya direkrut oleh kum­pulan itu di Syria menggunakan ap­likasi Telegram dan Facebook.

Penahanan itu dibuat hanya be- berapa hari selepas negara jiran, Indonesia digemparkan dengan serangan militan IS di Jakarta yang meragut lapan nyawa termasuk se- orang rakyat Kanada.

Siasatan pihak berkuasa Indone­sia juga mendapati, dalang serangan itu, Bahrun Nairn berkomunikasi dengan kumpulan penyerang meng­gunakan Internet, tetapi aplikasi yang digunakan tidak didedahkan.
Namun Pengarah Institut Polisi Analisis Konflik, Sidney Jones per- caya, Bahrun menggunakan aplikasi Telegram urituk berhubung dengan pengikut IS di Indonesia.

"Penggunaan Telegram memberi masalah kepada pihak berkuasa kerana perkhidmatan komunikasi ini tidak boleh dipintas dengan mudah," katanya.

Dalam pada itu, jurucakap Te­legram, Markus Ra berkata kepada WSJ, pada bulan November lalu, pihaknya telah menyekat 78 rangkaian awam melibatkan 12 bahasa yang mempunyai kaitan dengan IS susulan serangan berdarah di Paris yang mengorbankan 129 nyawa.

"Semua laporan berkaitan den­gan militan IS dipadamkan sertamerta dan proses itu dilakukan dalam tempoh 24 jam," katanya.
Meskipun tindakan tegas itu diambil, militan IS masih menggunakan Telegram untuk berkomu- nikasi, menyebarkan ideologi dan merekrut ahli baharu terutamanya di Asia Tenggara.

Pengarah Eksekutif Institut Kajian Media Asia Barat, Steve Stalinsky berkata, pihaknya memantau aktivi- ti pengganas menggunakan Internet dalam tempoh 10 tahun termasuk penggunaan blog dan forum pada permulaan sebelum beralih kepada
Twitter dan kini tertumpu kepada Telegram.

"Militan IS atau pengikutnya mengambil peluang sepenuhnya terhadap kebebasan aplikasi terse- but," katanya.


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Pengganas Jadikan Aplikasi Telegram Untuk Rekrut Anggota"

Post a Comment