MB Mukhriz Bakal Diganti Dengan Ahmad Bashah?


ALOR SETAR - Pemimpin UMNO Kedah hari ini membuat sidang media mengumumkan mereka hilang kepercayaan terhadap Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah dan Pengerusi UMNO negeri.

Menurut Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib merombak semula kepimpinan tertinggi parti negeri dan jawatan Menteri Besar Kedah, lapor Berita Harian.

Seramai 14 ketua bahagian hadir dalam perjumpaan tertutup pemimpin UMNO negeri di Grand Alora Hotel kecuali Jerlun, Padang Terap dan Kulim Bandar Baharu. Hadir sama ketua semua sayap parti dan ADUN Barisan Nasional.

Menurut Ahmad Bashah, kelemahan serta ketidakupayaan Mukhriz dalam menyatupadukan kepimpinan dan jentera parti di semua peringkat menyebabkan mereka yang hadir bersepakat menyuarakan hilang kepercayaan kepada Mukhriz. 

Selain itu, Ahmad Bashah turut mendakwa tiada sebarang perancangan strategik parti dilakukan bagi menghadapi PRU 14, serta Mukhriz gagal mengetuai dan menggerakkan jentera parti selepas mengambil alih kepimpinan negeri. - THEHYPEMEDIA.COM


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "MB Mukhriz Bakal Diganti Dengan Ahmad Bashah?"

Post a Comment