Polis Nafi Ada Penculikan Kanak-Kanak Di Bitulu



KUCHING: Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak Dev Kumar menafikan berita tersebar di media sosial yang mengatakan ada kes cubaan menculik kanak-kanak di Rumah Panjang Joshua Manit, Kilometer 36, Jalan Bintulu-Tatau awal pagi tadi.

Menurutnya, lelaki yang dipercayai kurang siuman disyaki warga asing itu diberkas oleh beberapa penduduk rumah panjang tersebut ketika menceroboh masuk kira-kira pada jam 2.50 pagi.

“Polis mendapati bahawa tangkapan lelaki ini telah tersebar di media sosial di mana dikatakan lelaki ini telah cuba untuk menculik kanak-kanak di rumah panjang itu.

“Berita percubaan untuk menculik kanak-kanak adalah tidak benar,” katanya dalam satu kenyataan kepada media hari ini.

Lelaki itu kini ditahan di Balai Polis Bintulu dan kes disiasat di bawah pencerobohan jenayah.

Semasa ditangkap, lelaki itu tidak memiliki dokumen pengenalan diri.

“Saya mengingatkan orang ramai agar tidak menyebarkan khabar angin atau maklumat tidak benar tentang kejadian ini yang boleh menimbulkan keresahan kepada masyarakat,” katanya.


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Polis Nafi Ada Penculikan Kanak-Kanak Di Bitulu"

Post a Comment