Wanita Ditemui Terapung Dalam Sungai



KUCHING: Seorang wanita yang hanya memakai pakaian dalam serta berseluar jeans ditemui orang awam terapung dan tidak sedarkan diri di sungai di Tebingan Kuching, malam kelmarin.

Menurut sumber, wanita berusia 22 tahun itu yang dikatakan berasal dari Kampung Sourabaya dilihat terapung di sungai berkenaan sekitar jam 10.45 malam.

“Anggota penyelamat yang bergegas ke tempat kejadian kemudian segera menghantar mangsa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) bagi tujuan rawatan kecemasan,” kata sumber.

Sehingga berita ini ditulis semalam, mangsa dilapor masih menerima rawatan di Zon Merah Unit Kecemasan HUS.

Sementara dalam kejadian berasingan, seorang lelaki ditemui mati dipercayai lemas di sungai di Kampung Gita Laut di sini, semalam.

Mayat mangsa berusia 27 tahun itu ditemui oleh penduduk kampung di kawasan berlumpur di sungai berkenaan iaitu sekitar jam 8 pagi.

“Mayat mangsa semasa ditemui dalam keadaan terlekat pada lumpur pada bahagian kakinya dan dipercayai terjatuh ke sungai semasa air sedang pasang,” kata sumber.

Mayat mangsa berjaya dialihkan daripada kawasan berlumpur tersebut dan dihantar ke HUS oleh pihak polis untuk bedah siasat.

Mangsa yang sudah berkahwin meningalkan dua orang anak.


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Wanita Ditemui Terapung Dalam Sungai"

Post a Comment