Suspek IS Dari Terengganu Mahu Lancar Serangan Bunuh Diri


16 Jan — Seorang pejuang kumpulan pengganas Negara Islam (IS), yang ditahan di stesen LRT Setiawangsa semalam, cuba melancarkan serangan bunuh diri di negara ini.

Lelaki 28 tahun itu yang berasal dari Terengganu menerima arahan IS, yang berpangkaan di Syria, untuk melancarkan serangan tersebut, ketua polis negara hari ini.

“Suspek mengaku telah merancang untuk melancarkan serangan bunuh diri di Malaysia selepas menerima arahan daripada anggota IS warga asing di Syria,” kata Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan.

Sebelum ini suspek bertanggungjawab menaikkan bendera-bendera IS di beberapa lokasi di Terengganu, Perak, Selangor dan Johor, kata polis lagi.

Tindakan menaikkan bendera itu bagi memberi amaran kepada kerajaan agar menghentikan operasi menangkap penggerak-penggerak IS di negara ini, kata Khalid.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan jenis senjata dan butiran dokumen IS yang dibawa lelaki terbabit seperti dimaklumkan di tweetnya pagi ini.


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Suspek IS Dari Terengganu Mahu Lancar Serangan Bunuh Diri"

Post a Comment