Adele Larang Trump Guna Muzik Dalam Kempen


Adele memberitahu Donald Trump, beliau tidak mendapat kebenaran menggunakan lagunya dalam perhimpunan kempen selepas peminat menyuarakan kemarahan berikutan tindakan calon presiden Republikan itu.

Trump secara kerap memainkan lagu terkenal Adele, "Rolling In The Deep" untuk menaikkan semangat ketika acara kempen sebelum beliau muncul.

Jutawan hartanah itu, yang juga peminat Adele dan menghadiri konsertnya di sini tahun lalu, turut memainkan lagu Skyfall, tema filem James Bond selepas membuat ucapan berkobar-kobar mengenai masa depan Amerika.

Peminat Adele melahirkan kemarahan atas penggunaan tidak wajar Trump lagu penyanyi itu dalam kempennya.

"Tidakkah beliau sepatutnya meminta kebenaran Adele terilebih dulu? Harapnya Adele membantah," seorang peminat menulis tweet.

"Tidak!! Bukan Adele!! Perlukah Trump merosakkannya sekali lagi?!," tanya seorang pemi­nat. "Saya fikir beliau (Adele) juga sama geram seperti kami," tulis seorang peminat lain. Yang lain bertanya jika Adele dibayar untuk penggunaan lagunya oleh Trump.

Adele kini mula bersuara selepas isu itu timbul dan men- jelaskan beliau tidak rela Trump menggunakan lagunya ketika berkempen.

"Adele tidak memberi kebe­naran muziknya digunakan untuk mana-mana kempen politik," kata seorang jurucakap penyanyi itu kepada akhbar The Independent.
Lawan Trump untuk pencalo- nan Republikan, Mike Huckabee, juga turut mengambil kesempa- tan atas populariti Adele.

Huckabee yang mengekori di belakang Trump, menghantar gambar kulit muka depan album "Hello" Adele dalam Twitter dan YouTube, memaparkan lirik mengenai kaukus Iowa dan lawannya, namun berikutan isu hak cipta lagu, audio yang dihan- tar ditutup.
Elak terbabit politik
Adele lebih gemar menjauhkan diri daripada perdebatan poli­tik sejak membuat satu kenya- taan pada tahun 2011, bahawa beliau adalah "seorang gadis menyokong parti Buruh."

Penyanyi kumpulan Aeros- mith, Steven Tyler juga pernah mengarahkan Trump berhenti menggunakan lagunya, Dream On dalam acara kempen selain peguamnya menghantar surat amaran kepada jawatankuasa kempen calon itu.

Adele bagaimanapun belum pergi sejauh itu. Peminat men- dakwa lagu yang digunakan tidak sesuai dalam kempen.

Sebelum itu, peminat Adele berang dengan Trump sele­pas beliau "memotong bart- san" untuk sampai ke tempat duduknya, ketika menghadiri persembahan ekslusif di Radio City Music Hall November lalu.
AGENSI


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Adele Larang Trump Guna Muzik Dalam Kempen"

Post a Comment