Geng 36 Langgar Kongsi Gelap Myanmar

Gambar Hiasan-

Saya bayar RM300  kepada mereka (kongsi gelap Myanmar) sebagai wang perlindungan. Itu semua demi keselamatan saya dan keluarga," kata Hassan yang menghuni rumah kedai di Pasar Borong Kuala Lumpur di sini, berhubung kegiatan haram berkenaan.

Dia bagaimanapun mendakwa campur tangan ahli kongsi gelap tempatan di kenali sebagai Geng 36 menyebabkan kawasan itu menjadi 'panas' dan berlaku perebutan kuasa.

Menurutnya, dua geng kongsi gelap Myan­mar sebelum ini bekerjasama 'menjaga' pasar borong berkena an.

"Namun seka rang keadaan tidak tenteram. Ahli Geng 36 berani masuk ke kawasan ini dan meminta wangperlindungan RM3,000.

"Mereka berani mencabar kumpulan kongsi gelap Myanmar hingga menye babkan pergaduhan," kata nya yang enggan namanya didedahkan.

Mcnurutnya, kongsi gelap Myanmar dianggap berbahaya berikutan mereka mampu menyerang balas menggunakan pistol dan bom tangan.

"Kami hidup dalam ketakutan terutama bergerak pada waktu malam walau pun terdapat polis dan ten tera yang mengawal kawa
san ini," katanya.

Pekerja pasar borong, Ridu, 32 berkata, kongsi gelap tempatan turut terbabit de- ngan aktiviti penjualan dadah dan mengarahkan me­reka menjual dadah di kawasan pasar.

"Ini antara punca berlaku kes tembak dan bunuh se belum ini. Mereka mahu be- rebut kawasan," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, dua individu warga Myanmar dikenali sebagai Rashid dan Shoifullah Mohd Tahir masing masing berusia lingkungan 30-an di kehendaki polis berhubung kejadian keganasan di Pasar Borong Kuala Lumpur sebelum ini.

Menurutnya, polis dan tentera akan terus melaku kan rondaan di kawasan pa sar itu bagi memastikan kgselamatan peniaga dan penghuni berhampiran terjamin.

Unjauan wartawan men dapati beberapa anggota po­lis dan tentera lengkap ber senjata api meronda di ka wasan itu 24 jam sehari selain pemeriksaan kenderaan saban hari.


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Geng 36 Langgar Kongsi Gelap Myanmar"

Post a Comment