RM6.01 Bilion Transaksi Jual Beli Pemain



Tiada perpindahan mengejutkan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berakhir tengah malam kelmarin kecuali membabitkan pasukan penyandang juara, Chelsea.

Skuad The Blues mengikat Ale­xandre Pato secara pinjaman dari kelab Corinthians, Brazil.
Selain itu, Stoke City hanya memecahkan rekod sendiri selepas menandatangani pemain termahal kelab itu dengan mengikat pemain Porto, Giannelli Imbula yang bernilai nilai STG18.3 milli­on (RMllO juta).

Everton pula menandatanga­ni pemain Lokomotiv Moscow, Oumar Niasse dengan kontrak empat tahun setengah.

Walaupun perpindahan pemain kali ini kurang memba­bitkan pemain ternama, namun 20 kelab elit England mengumpul perbelanjaan melebihi STGi billi­on (RM6.01 bilion) bagi mendapatkan pemain baharu pada dua jendela perpindahan musim ini.
Untung besar

Perkara berkenaan didedahkan perunding kewangan Deloitte sebelum tarikh akhir tempoh per­pindahan pertengahan musim, kelmarin.

Tindakan terbabit dilakukan kelab berkenaan kerana bimbang terlepas daripada memperoleh untung besar menerusi hak siaran televisyen EPL, sekali gus kali pertama dicatatkan dalam sejarah.

"Kami melihat kelab Liga Per­dana sekali lagi menggunakan tempoh perpindahan pada Janu- ari untuk membuat pelaburan mendapatkan pemain berbakat," kata Dan Jones dari Sports Busi­ness Group Deloitte.

"Perjanjian hak penyiaran baharu untuk Liga Perdana musim depan menyebabkan kelab tidak mengelak daripada tersingkir dari liga sekali gus menjadi penyumbang kepada tindakan mereka untuk melabur lebih besar mendapatkan pemain."
- AGENSI
.


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "RM6.01 Bilion Transaksi Jual Beli Pemain"

Post a Comment