Pandu Hyundai Elantra, Tapi Tak Mampu Bayar Duit Minyak & Terus Lari


Pagi-pagi ini benar-benar menguji kesabaran kami sebagai seorang juruwang di stesen Petronas Tupai, Taiping. 

Wanita yang memandu kereta jenis Hyundai Elantra berwarna putih dengan nombor pendaftaran bermula dari huruf AJF isi minyak penuh tetapi terus melarikan diri. Nombor pendaftaran memang tak dapat dilihat dengan jelas sebab kamera litar tertutup stesen itu kabur. 

Sebelum itu, kami suruh dia membuat pembayaran deposit terlebih dahulu. Malangnya kami dimarah dan dimaki habis olehnya. 

Bila dah lari dan terjadi seperti ini, siapa yang mahu menanggung minyak yang telah dipam tadi? Kalau RM10 tak apa, tetapi ini sudah mencecah RM100.

Sudahlah gaji kami tak banyak, kena tanggung pula kerugian seperti ini. Wanita itu memang tiada keperimanusiaan langsung.  Pandu kereta Hyundai, berlagak macam orang kaya tetapi tak sengkek!

Inilah risiko kerja seorang juruwang. Minta tolonglah netizen viralkan kes ini di akaun media sosial masing-masing. Harap sangat dia ternampak post ini dan minta tolong bayar balik. - THEHYPEMEDIA.COM


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Pandu Hyundai Elantra, Tapi Tak Mampu Bayar Duit Minyak & Terus Lari"

Post a Comment