Setelah Puas Didesak, Akhirnya Mukhriz Letak Jawatan


ALOR SETAR - Setelah puas didesak oleh ADUN BN Kedah untuk berundur, akhirnya Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengambil keputusan untuk meletak jawatan sebagai Menteri Besar Kedah.

Pengumuman itu dibuat menerusi sidang media yang diadakan di Wisma Darul Aman pada jam 10 pagi tadi.

"Saya dimaklumkan bahawa saya telah kehilangan sokongan ADUN Kedah setelah pertemuan dengan Jemaah Istana. Saya akan melepaskan jawatan saya sebagai Menteri Besar mulai hari ini.

"Saya ucapkan terima kasih kepada pentadbiran negeri Kedah sewaktu saya mentadbir," katanya.

Dalam sidang media itu juga, Mukhriz turut mengesahkan bahawa Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah telah dipilih menjadi Menteri Besar Kedah yang baru.

"Saya harap beliau tidak lena (tidur) ketika angkat sumpah esok," katanya. - THEHYPEMEDIA.COM


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Setelah Puas Didesak, Akhirnya Mukhriz Letak Jawatan"

Post a Comment