'First Time Naik Rayani Air, Saya Rasa Seperti....'


First time naik Rayani Air, pepatah Melayu berkata, "Indah khabar dari rupa,". Namun ia tidak sesuai untuk Rayani Air. Yang sesuai adalah, "Seindah Khabar dan Seindah Rupa". 

Memang hebat, cabin crew yang berpakaian sopan menyambut kami dengan salam dan senyuman. Sangat sopan dan sejuk mata memandang.

Saya yang memang batuk telah disapa oleh seorang cabin crew wanita dengan sopan sambil menawarkan air kosong untuk mengurangkan batuk saya. Anak-anak kecil juga dihadiahkan cup cake dengan penuh kasih sayang juga.

Setiap pengumuman dimulakan dengan salam dan yang amat mengharukan apabila doa dibacakan oleh kapten sebelum berlepas. 


Makanan ringan yang dihidangkan secara percuma juga amat menarik apabila setiap penumpang diberikan satu kotak yang berisi air epal seperti pek Ribena, serta satu pek kacang dan satu cup cake. 

"Wah! Ini lebih bagus dari MAS!"

Pendek kata, servis yang diberikan oleh syarikat penerbangan Rayani Air adalah yang terbaik untuk kategori penerbangan domestik.

Cuma sayang, penumpang tidak penuh di dalam pesawat. Mungkin kerana tidak tahu bahawa Rayani sudah membuka jualan tiket secara online. Saya membeli tiket penerbangan secara online dengan harga RM70 untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu.

Tahniah Rayani Air dan cabin crews terutamanya Cik Norhidayah yang sangat baik hati dan suka membantu. - Azli Ibrahim | Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "'First Time Naik Rayani Air, Saya Rasa Seperti....'"

Post a Comment