Gambar Menyusu Anak Tak Patut Dipertonton



Tindakan golongan ibu muda yang memuat naik gambar selfie ketika menyusukan „
bayi mereka menerusi laman sosial terutama Facebook telah mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Walaupun pelaku tersebu mempertahankan tindakannya sebagai tidak melakukan sebarang kesalahan kerana tidak mendedahkan aurat mahupun payudara, namun ramai orang yang berpendapat tindakan itu tidak seharusnya dipertontonkan kepada umum.

Isu ini menjadi semakin hangat apabila sebuah portal mengeluarkan pandangan bekas peserta program realiti Pencetus Ummah, Rahmat Ikhsan mengenai tin­dakan ibu muda tersebut.

Antaranya kata-kata Rahmat ialah hukum memuat naik gambar itu adalah haram dan seharusnya segera dipadam kerana penampilan wanita terse­but boleh menarik perhatian golongan lelaki bukan mahram.

Tindakan memuat naik gambar me­nyusukan anak ini bukan sahaja berlaku di negara kita malah di negara Barat. Antara yang mendapat kecaman ialah pelakon drama bersiri Charmed, Alyssa Milano yang memuat naik gambar menyusukan anak perempuannya, Elizabeth tahun lalu.

Selain itu, di Florida, seorang wanita bernama Ashley Kaidel turut mengalami nasib yang sama kerana meny­usukan bayinya secara terbuka di sebuah restoran pada Disember tahun lalu.

Pandangan beberapa kenalan ekoran isu ini juga menimbulkan persoalan tentang tujuan ibu muda yang berbuat demikian. Adakah selepas ini kata mereka akan timbul pula gambar-gambar bangun tidur dimuat naik oleh pasangan suami isteri yang baru mendirikan rumah tangga? Alasan yang diberi sudah tentu klise dan sama sahaja.

"Kami tidak melakukan sebarang kesalahan, hubungan ini halal dan kami tidak mendedahkan aurat."
Ketua Program Psikologi, Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Madya Dr. Nor Bayah Abdul Kadir ketika dihubungi berkata, selfie adalah budaya pop media sosial masa kini.

Menurut beliau, mengikut perspektif psikologi dan media sosial, kajian membuktikan bahawa selfie adalah persembahan tingkah laku manakala bagi golongan muda, tingkah laku ini adalah salah satu cara berkomunikasi dengan orang lain melalui media sosial.

"Selfie dilihat sebagai perhubungan interpersonal yang baik melalui media sosial namun dalam konteks penyusuan bayi, perlu dilihat dari segi penerimaan dan jangkaan masyarakat terhadap ting­kah laku itu dan adab individu," katanya.

Jelas Nor Bayah, sungguhpun kajian di negara Barat menjelaskan, selfie menunjukkan individu itu mempunyai tahap penghargaan kendiri dan keyakinan diri yang tinggi namun mereka juga berpendapat individu yang mempu­nyai tahap penghargaan kendiri yang rendah turut berselfie kerana ia adalah tempat yang paling sesuai untuk meluahkan perasaan, berkongsi pengala- man dan kebaikan.

"Facebook misalnya boleh memilih sama ada foto yang dimuat naik itu boleh dilihat oleh orang awam atau han- ya rakan tertentu di laman sosial tersebut. "Hal ini pastinya bergantung kepada keinginan individu sama ada untuk mendapat- kan perhatian atau pujian atas tingkah laku terse­but tetapi pada masa yang sama perlu menghormati budaya masyarakat Timur," ujarnya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau, Jabatan Agama Islam Pahang, Nik Ibrahim Nik Abdullah berkata, walaupun niat ibu muda tersebut baik seperti kemungkinan mahu memberikan rangsangan dan motivasi kepada ibu-ibu lain agar menyusukan anak mereka, namun dalam agama Islam, matlamat dan kaedah tidak boleh menghalalkan cara.

Katanya, dari sudut kaedah iaitu bagaimana gambar itu dimuat naik dan disebarkan secara viral di laman sosial juga perlu dilihat dalam konteks adab sopan se­bagai seorang ibu serta Muslimat.

"Islam cukup menjaga kehormatan seseorang wanita. Mungkin pelaku tersebut boleh memberi nasihat mengenai penyusuan bayi dengan kaedah yang lain tanpa menampakkan susuk badan ketika menyusukan anak.

"Berdasarkan gambar-gambar ibu menyusukan bayi yang telah menjadi viral, kita mungkin boleh nampak aurat atau bentuk tubuh badan wanita tersebut. Dalam kita hendak buat kebaikan, ia sebaliknya boleh mendatangkan dosa dan fitnah pula," ujar beliau.


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Gambar Menyusu Anak Tak Patut Dipertonton"

Post a Comment