Wanita Beranak Satu Mabuk Cinta Hilang RM1,500



KANGAR: Seorang isteri mendakwa ditipu sindiket 'komplot cinta' yang dipercayai didalangi rakyat asing sehingga dia kerugian RM1,500.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, DSP Mohd Rawi Ab Ghani berkata wanita beranak satu berusia 30-an itu mendakwa telah berkenalan dengan seorang lelaki Afrika melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Beliau berkata wanita berkenaan yang baru seminggu berkenalan dengan lelaki terbabit kerap berhubung antara satu sama lain menerusi Facebook sehingga terjalin hubungan cinta antara mereka.

"Mangsa kemudiannya dijanjikan wang tunai berjumlah USD10,000 (RM43,867) oleh lelaki tersebut. Bagaimanapun mangsa perlu membayar deposit sebanyak RM1,500 sebagai wang proses sebelum boleh menerima kesemua baki wang itu," katanya kepada pemberita di sini pada Jumaat.

Mohd Rawi berkata mangsa yang bekerja sebagai tukang cuci di sebuah institusi pengajian tingi awam di sini membayar deposit tersebut ke dalam sebuah akaun milik rakyat tempatan di sebuah bank di Padang Besar.


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Wanita Beranak Satu Mabuk Cinta Hilang RM1,500"

Post a Comment