Selepas Indonesia Burkina Faso Pula Diserang

OUAGADOUGOU: Sekurang-kurangnya 20 terbunuh dan 15 lagi cedera dalam serangan lelaki bersenjata di sebuah hotel empat bintang di tengah-tengah ibu negara Burkina Faso.

Dalam kejadian pada Sabtu, insiden serangan itu dikatakan dilakukan oleh sekurang-kurangnya enam suspek anggota militan.

Pengarah Hospital Yalgado Ouedraogo, Robert Sangare berkata hingga kini pihaknya tidak mempunyai angka kematian yang tepat namun yakin sekurang-kurangnya 20 terkorban.

"Selain itu kami menerima sekurang-kurangnya 15 yang cedera akibat terkena peluru manakala yang lain cedera ringan ketika panik menyelamatkan diri," katanya.

Seorang pegawai polis dikatakan ditembak selepas cuba memasuki Hotel Splendid dari kafe restoran yang berhadapan dengan hotel berkenaan.

Pihak keselamatan dilaporkan masih berbalas tembakan di tempat kejadian setakat ini


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Selepas Indonesia Burkina Faso Pula Diserang"

Post a Comment