Letupan Bom Boleh Berlaku Di Kuala Lumpur



SHAH ALAM - Insiden letupan bom di Jakarta, Indonesia yang dikaitkan dengan pengganas IS tidak mustahil boleh berlaku di negara kita, kata bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Bagi mengelakkan berlakunya kejadian serupa, Musa menyarankan agar pasukan keselamatan terutamanya Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan segera dengan meningkatkan kawalan

“Bagi saya, kejadian letupan itu amat serius. Mereka (polis) perlu gigih bagi mendapatkan maklumat-maklumat supaya kejadian di Jakarta tidak berlaku di dalam negara.

“Risikan dan maklumat yang lebih baik itu amat penting. Polis perlu mengenal pasti kumpulan-kumpulan yang mampu mendatangkan kemudaratan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Kelmarin, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menjelaskan polis akan meningkatkan kawalan keselamatan di kawasan awam negara ini termasuk di sempadan susulan kejadian letupan bom dan tembakan yang menyebabkan tujuh kematian di luar Sarinah Mall itu.

Pihak berkuasa Indonesia pula tidak menolak kemungkinan insiden itu didalangi kumpulan IS berdasarkan corak serangan yang meniru insiden di Paris, tahun lalu.

Musa berkata, penting bagi negara mengelakkan kejadian ini berlaku bukan atas faktor keselamatan semata-mata, tetapi juga untuk menepis pandangan negatif negara luar terhadap Malaysia.
"Saya merasakan jika kita tidak membendung penglibatan rakyat Malaysia dengan kegiatan keganasan antarabangsa, mereka akan menganggap kita menyokong kumpulan ini. Oleh itu, pasukan keselamatan perlu menyekat penglibatan rakyat Malaysia dengan kumpulan tersebut.

“Orang ramai pula tidak boleh mengeluh jika polis tingkatkan keselamatan seperti sekatan di jalan raya. Ia akan mengambil masa yang panjang bagi memastikan negara kita bebas daripada aktiviti dan serangan pengganas,” katanya.

Mengulas rangkaian kumpulan pengganas IS yang berpangkalan di Syria dan berhubung dengan ahlinya di Nusantara melalui rangkaian media sosial, Musa berkata, itulah pentingnya maklumat dan risikan yang diperlukan oleh polis.

“Komunikasi mereka perlu dipantau. Kita mempunyai rangkaian maklumat yang begitu tinggi. Maklumat awal penting untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini dari


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Letupan Bom Boleh Berlaku Di Kuala Lumpur"

Post a Comment