Kenapa Abang Kahwin Dengan Kakak Ipar? Dia Dahla Kulit Gelap Buruk Pulak Tu

Kenapa Abang Kahwin Dengan Kakak Ipar? Dia Dahla Kulit Gelap Buruk Pulak Tu



Kenapa Abang Kahwin Dengan Kakak Ipar? Dia Dahla Kulit Gelap Buruk Pulak Tu|Dalam kehidupan Adik beradik dalam keluarga tentu sedikit banyak kita akan memperhatikan siapa calon abang ipar ataupun kakak ipar kita.




Menerima meraka dalam keluarga terutamanya kakak ipar sudah tentu menjadi sesuatu yang baru yang harus di terima dan di sesuaikan.

Umumnya manusia yang lebih suka menilai seseorang dari luar bukanlah hal yang baru Lagi,begitulah seorang insan yang bernama maya yang terus menilai kakak iparnya terlalu awal.Sampailah ia tahu kenapa abangnya yang kacak sanggup memilih gadis biasa sebagau isterinya.

Berikut kisah maya yang telah di kongsikan di laman media sosial sehingga ia menjadi viral sekaligus menjadi pengajaran kepada yang lain


Salam, tahun lepas aku dapat seorang lagi kakak ipar, abang ipar aku yang kelima berkahwin. Dalam ramai-ramai abang aku, dialah yang paling kacak. Tetapi isterinya bagi aku berwajah biasa-biasa sahaja. Tak cantik, berkulit gelap.

Dari mula mereka bertunang lagi, aku macam agak kecewa jugalah. Ingatkan kakak ipar ini cantik, lawalah sehingga abang aku itu beria-ria suruh ummi aku pergi meminang sampai ke pantai timur kami pergi.

Kawan-kawan aku juga teruja nak melihat gambar kakak ipar aku tetapi aku malu sebab kakak ipar saya hanya biasa-biasa sahaja.

Abang aku jumpa dia dua kali saja selepas itu terus pinang. Mereka bertunang lebih kurang dalam tiga bulan terus bernikah.

Selepas kahwin, kakak ipar iaitu Kak Na, duduk serumah dengan kami. Gayanya agak kasar dan dia memang lasak seperti jantan. Aku sendiri kadang-kadang hairan mengapa abang aku sayang sangat dekat dia. Pernah sekali aku nampak dia memanjat tangga, tukar lampu dapur seorang-seorang.

Pokok rambutan belakang rumah aku pun selamba dia panjat. Masa itu saya ingat lagi, saya menggeleng-geleng kepala dan cakap pada ummi yang Kak Na sudah serupa 'beruk'.

Kadang-kadang dia tolong ambil adik aku di asrama. Adik kata, Kak Na pandu kereta seperti orang gila, laju seperti memandu Ferrari. Tetapi dalam kasar-kasar Kak Na, suara dia agak lembut walaupun nyaring sikit. Kalau anak-anak saudara aku datang, dia memang suka melayan. Dia bacakan buku cerita, main buku warna dan lukis sehingga kadang-kadang ada yang tak mahu balik kerana mereka mahu tidur dengan Kak Na. Kak Na pandai melayan karenah budak-budak.

Kak Na ini jenis yang 'Happy Go Lucky' jugalah. Kalau dia menonton televisyen seorang diri pun dia boleh tergelak seperti langsuir. Tidak pernah aku tengok dia ada masalah. Kadang-kadang orang tanya, dah berisi ke belum, air mukanya berubah juga. Tetapi selepas itu Kak Na tersengih saja.

Ada sekali itu, aku baru balik rumah dengan abang aku, tengok Kak Na sedang memanjat bumbung. Punyalah cuak aku sampai menjerit Kak Na sudah gila ke apa? Pada masa itu abang aku pun turut melaung sama marahkan dia. Rupa-rupanya dia nak mengambil anak kucing yang terperangkap di atas bumbung.

"Kesian anak kucing tu, mengiau dari tadi sebab tak reti nak turun," katanya.

Abang aku marah dia sampai menangis. Itulah pertama kali aku melihat dia menangis. Tetapi dalam sedu tangisan, dia sempat menjawab.

"Abang ingat Ana boleh tidur ke kalau kucing ini mati sebab jatuh dari bumbung?" katanya.

Baru-baru ini, ummi aku tergelincir dalam bilik air. Kak Na lah yang siang malam menjaga ummi. Kak Na aku ini ada kelulusan ijazah jururawat. Walaupun tidak kerja, tetapi kemahiran dia sangat mantap bagi aku yang tidak pernah menjaga orang sakit ini.

Mandi, tukar lampin, suap makan, semua Kak Na yang buatkan. Sampaikan aku sendiri segan dengan dia. aku sendiri pun terasa agak kekok nak menguruskan Ummi. Mujur ada Kak Na.

"Maaf ummi, sebab tak dapat jaga ummi sepenuh masa," kata aku pada ummi.

"Tak apa, Kak Na ada," balas ummi.

Ummi tahu yang aku tidak menggemari Kak Na. Ummi kata jangan menilai orang di luaran sahaja.

"Tengok dalam ramai-ramai kakak ipar kamu yang lawa-lawa itu, ada ke mereka sanggup menunggu ummi di hospital dulu?" kata ibu yang membuatkan aku terasa sangat bersalah pada Kak Na.

Teringat dulu yang aku pernah cakap-cakap belakang mengenai Kak Na. Alangkah jahatnya aku.

Sekarang, ummi dah boleh berjalan semula tetapi menggunakan tongkat. Ka Na masih duduk dengan kami walaupun abang aku sudah membeli rumah lain.

"Kak Na nak jaga Ummi dulu. Rumah itu tak apa, tak lari ke mana pun," katanya.

Hubungan aku dengan Kak Na juga semakin baik. Beberapa hari yang lalu ,aku sempat bertanya pada abang kanapa dia sangat menyayangi Kak Na.

"Mula-mula jatuh cinta bila mendengar suaranya. Selepas itu abang uji sikit-sikit, aalhamdulillah, abang yakin dengan pilihan abang," jawabnya.

"Abang tak rasa ke Kak Na itu kasar sikit?" soal saya lagi.

"Dalam bilik lain," selorohnya membuatkan aku tergelak. Bongok juga abang aku ini.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  eberita






from I AM ZAUDIN http://ift.tt/1OT0OBb
via IFTTT


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Kenapa Abang Kahwin Dengan Kakak Ipar? Dia Dahla Kulit Gelap Buruk Pulak Tu"

Post a Comment