Mempertahankan Kampung Rela Kawal 24 Jam



Penduduk Kampung Permatang Tok Subuh di sini, dapat menarik nafas lega buat sementara waktu apabila kerja meroboh rumah mereka yang didakwa akan dilakukan pemaju semalam, tidak diteruskan.

Tinjauan BH mendapati, penduduk mula mengawal setiap pintu masuk ke kampung itu sejak malam kelmarin, sebagai usaha terakhir mempertahankan rumah mereka daripada dirobohkan.
Wakil penduduk, Hamidah Che Embi, 47, berkata 26 keluarga yang masih menetap di kampung itu bertegas mempertahankan kampung berusia lebih 60 tahun itu selagi tidak menerima pampasan se- timpal daripada pemaju.

Hamidah berkata, 26 keluarga terbabit hidup dalam tekanan sejak menerima notis mahkamah 17 Februari lalu, selain tidak dapat melelapkan mata memikirkan nasib me­reka jika diusir dari kediaman masing-masing.

Tidak lena tidur
"Kami berkawal sejak malam semalam (kelmarin) dan tidak tidur kerana mahu menghalangjentolak dan jentera berat masuk ke kampung ini. Ia adalah usaha terakhir kami mempertahankan kampung ini.

"Penduduk bukan tidak ma­hu berpindah kerana sedar tapak ini bukan milik kami, tetapi kami berharap pemaju memberikan pampasan setimpal iaitu digantikan dengan ru­mah," katanya selepas menga- dakan solidariti menyelamatkan kampung itu, semalam.

Difahamkan, syarikat pema­ju berjaya mendapat perintah mahkamah pada 28 Januari lalu, untuk mengarahkan pen­duduk mengosongkan rumah selewat-lewatnya semalam.
Kampung seluas dua hektar yang asalnya kawasan paya, dijual kepada pemaju pada 2012 bagi mendirikan projek komersial.

Pampasan tak setimpal
Berikutan itu, 26 keluarga ditawarkan pampasan antara RM15,000 hingga RM35,000 dianggap tidak setimpal, malah penduduk tidak dapat membeli rumah baharu.

Hamidah berkata, pendu­duk mengawal pintu masuk kampung 24 jam dan mendapatkan bantuan polis membuat rondaan setiap empat jam sehari bagi tujuan keseamatan.

-Berita Harian


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Mempertahankan Kampung Rela Kawal 24 Jam"

Post a Comment