400 Orang Terkaya Rugi RM1.34 Trilion



San Francisco: Seramai 400 individu terkaya dunia mengalami kerugian AS$305 bilion (RM1.34 trilion) bulan ini akibat kejatuhan ekuiti global pada awal tahun berikutan pertumbuhan ekonomi global yang kurang memberangsangkan.
Hartawan berkenaan rugi lebih daripada AS$ll5 bilion (RM506.93 bilion) minggu lalu, dengan 76 daripadanya rugi sekurang-kurangnya AS$1 bilion (RM4.40 bi­lion) pada bulan ini, menurut Indeks Hartawan Bloomberg.
Sementara itu, tujuh daripada mereka kerugian lebih AS$1 bi­lion (RM4.40 bilion) hanya pada Jumaat minggu lalu, selepas pasaran saham Dow Jones Indus­trial Average susut 391 mata.
Saham Eropah juga berhadapan kejatuhan dalam pasaran lembap dan Indeks Komposit Sha­nghai memadam keuntungan yang dicatat menerusi kempen menyelamat kerajaan yang dica­tat sebelumnya.
Pgiigasas Amazon.Com, Jeff Be­zos. mendahului senarai indeks perturunan kekayaan Bloomberg dengan mengalami kerugian AS$8.9 bilion (RM39.23 bilion) sejak 1 Januari dan AS$1.9 bilion (RM8.37 bilion) pada Jumaat lalu apabila peruncit internet menurun sebanyak 3.85 peratus.
Individu terkaya dunia, Bill Ga­tes, kerugian AS$6.8 bilion (RM29.97 bilion) daripada aset bersihnya tahun ini dan individu ter­kaya China, Wang Jianlin kerugian AS$6.4 bilion (RM28.21 bilion).
9 berupaya tingkat kekayaan
Hanya sembilan daripada 400 har­tawan berupaya meningkatkan ke­kayaan bersih mereka pada tahun ini, didahului hartawan minyak dari India, Mukesh Ambani yang juga Pengerusi Reliance Industries Ltd yang berpangkalan di Mumbai, de­ngan memperoleh AS$620 juta (RM2.73 bilion).
Hasil gabungan nilai kekayaan 400 hartawan itu berjumlah AS$3.6 trihon (RM15.87 trilion), penurunan 16 peratus daripada nilai kemuncak kekayaan mereka iaitu AS$4.3 bilion (RM 18.95 bi­lion) pada 18 Mei 2015.


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "400 Orang Terkaya Rugi RM1.34 Trilion"

Post a Comment