Mahathir Anugerah IPP Berat Sebelah Pada YTL



Oleh Lim Sian See
YTL Power telah ditubuhkan pada tahun 1993 selepas dianugerahkan dua IPP berat sebelah oleh Mahathir yang memberi mereka sebanyak RM700 juta setahun aliran tunai bersih. Menggunakan keuntungan tersebut, YTL kemudian telah membeli aset di luar negara selama ini. Pada tahun 2000, YTL Power telah membeli 33.5% Australia’s ElectraNet Pty Ltd sebanyak RM1.9 bilion. ElectroNet mempunyai dan mengendalikan rangkaian penghantaran kuasa di Australia Selatan. Pada Mei 2002, YTL Power International telah mengambil alih 100% kepentingan dalam Wessex Water di England untuk  £1.24 billion (kini RM7.83 bilion) dalam bentuk tunai dan hutang.

Pada Disember 2008, YTL Power International Bhd mengumumkan akan membayar S$3.6 bilion (kini RM11.1 bilion) tunai dan mengambil hutang sebanyak S$201 juta untuk PowerSeraya Ltd milik Singapura.

Pada tahun 2004, YTL telah membeli 35% kepentingan dalam projek 1,220 MW PT Jawa Power milik Indonesia untuk sejumlah AS$139.4 juta (kini RM599.5 juta).

Dan bulan lalu pada Disember 2015, YTL mengumumkan akan membina loji tenaga bernilai RM11.6 bilion di Indonesia.
Loji tersebut akan menjadi lebih mahal daripada loji Timur Jimah milik Edra dan akan memakan kos sebanyak  RM8.8 juta bagi setiap MW – lebih tinggi berbanding RM4.5 juta ke RM5.5 juta bagi setiap MW yang ditanggung bagi projek loji kuasa di Malaysia.

YTL mempunyai hampir RM40 bilion nilai asset kuasa dan utiliti di luar negara sekarang. Pada masa ini, mengambil kira bilangan tahun pelaburan mereka di luar negara dan Ringgit yang lemah, nilai pelaburan YTL di luar negara akan bernilai lebih tinggi pada hari ini.

Sekiranya mereka menjual semua dan membawanya pulang ke Malaysia, ia akan menjadi dua kali ganda daripada RM19 bilion aliran keluar modal asing yang dialami Bursa Malaysia tahun lalu.

Memandangkan mereka mempunyai wang yang banyak sekarang dan mereka bermula daripada IPP yang lumayan di Malaysia dan subsidi murah hati daripada Petronas, mungkin YTL harus mempertimbangkan semula berkenaan saman mereka terhadap Petronas tahun lalu?

Tahun lalu dalam saman YTL terhadap Petronas di Mahkamah UK, Petronas diarahkan untuk membayar RM700 juta kepada YTL kerana YTL percaya bahawa harga gas yang telah disubsidi daripada Petronas pada tahun 1990an tidak disubsidi secukupnya.

Petronas menghadapi cabaran yang besar sekarang, jadi sebarang bantuan akan membantu.

Walaupun kita berbangga terdapat sebuah syarikat Malaysia yang sangat berjaya dalam mengumpulkan aset di luar negara, saya rasa YTL mempunyai kewajipan untuk melabur dan membantu membangunkan Malaysia juga – terutamanya sekarang.



Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Mahathir Anugerah IPP Berat Sebelah Pada YTL"

Post a Comment